Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,
SAINGAN filem cereka pada Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) kali ini sengit apabila 41 filem menghantar penyertaan. Daripada jumlah itu, hanya 27 filem tercalon dalam senarai Top 5 setiap kategori ketika pengumuman dibuat kelmarin.
Di sebalik kemeriahan jumlah filem bertanding, turut menarik perhatian adalah pengenalan kategori baru, Kesan Visual Terbaik.
Secara umum, penganjur, Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) berhasrat memberi penghargaan dan galakan kepada karyawan filem yang menggunakan teknologi imej janaan komputer (CGI) sebagai satu kelebihan.
Namun, melihat pada pencalonan terbanyak filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) untuk 12 pencalonan membayangkan bukan mustahil anugerah ini menjadi milik KRU Studios selain berpeluang membolot anugerah lain termasuk Pengarah Terbaik dan Filem Terbaik.
Pengerusi FFM24, Jurey Latiff Rosli berkata, kategori baru ini diwujudkan atas faktor pencapaian filem tempatan yang menggunakan CGI semakin bertambah.
“Membuat filem menggunakan CGI sudah menjadi ‘trend’ ketika ini. Ia membuktikan CGI memainkan peranan penting pada kemajuan perfileman tempatan dan ia seharusnya diangkat ke tahap membanggakan.
“Bagi penganjur, apabila kategori baru ini diperkenalkan ia akan diteruskan pada masa hadapan. Begitu juga, saya percaya jumlah filem kategori ini akan bertambah dari semasa ke semasa sesuai dengan tema FFM24, Gemilang Filem Malaysia,” katanya pada sidang media Pengumuman Top 5 FFM24 di TGV, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), kelmarin.
Bersama HMM, kategori Kesan Visual Terbaik juga menyaksikan pencalonan satu lagi filem terbitan KRU Studios, Karak serta filem lain, Khurafat terbitan Skop Production, Janin (Grand Brilliance) dan Libas (MDAG Marketing).
Jurey berkata, pemilihan Top 5 dan penjurian dibuat 14 juri profesional yang dilantik untuk mengadili FFM24. Namun, penganjur tidak mahu mendedahkan senarai juri lebih awal sehingga Malam Kemuncak berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya pada 20 November ini.
“Penjurian akhir akan dilakukan pada 11 November. Semua juri mempunyai latar belakang berbeza dan mereka bertanggungjawab dalam menilai segala kriteria.
“Dalam pada itu 10 filem yang bertanding dipilih secara rambang untuk ditayangkan secara percuma pada 18 dan 19 November nanti,” katanya.
Bagi kategori Pengarah Terbaik, calon Top 5 disaingi Osman Ali mempertaruhkan Cun, Mamat Khalid (Hantu Kak Limah Balik Rumah - HKLBR), Yusry Abdul Halim (HMM), Syamsul Yusof (KL Gangster) dan Ahmad Idham (Senjakala).
Turut menjadi tumpuan, kategori Pelakon Lelaki Terbaik terdiri daripada Awie membintangi HKLBR, Syamsul Yusof (KL Gangster), Shaheizy Sam (Kongsi), Remy Ishak (Nur Kasih The Movie) dan Zahiril Adzim (Senjakala).
Pelakon Wanita Terbaik pula dicabar Maya Karin berlakon Cun, Eja (Janin), Tiz Zaqiyah (Nur Kasih The Movie), Lisa Surihani (Sekali Lagi) dan Liyana Jasmay (Senjakala).
Kategori Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik tidak kurang hebat menyaksikan muka baru seperti Sallehudin Abu Bakar untuk Hantu Bonceng, Syed Mohd Asri (HKLBR), Khir Rahman (HMM), Shoffi Jikan (KL Gangster) dan Hasnul Rahmat (Mantra) manakala wanita disaingi, Intan Ladyana (Bini-Biniku Gangster), Faezah Elai (Cun), Fauziah Ahmad Daud (... Dalam Botol), Sherry Merlis (Janin) dan Sabrina Ali (Khurafat).
Sam berkata, dia menghormati apa jua keputusan juri dalam menentukan pemenang yang layak untuk setiap kategori yang dipertandingkan.
“Saya berasakan belum ada kerja saya yang sampai ke tahap anugerah. Jika dianalisis, genre komedi sukar untuk menang, tetapi tercalon menerusi Kongsi mungkin kerana lakonan saya dalam membawakan watak komedi itu.
“Apabila diumumkan tercalon Top 5 saya terkejut, tetapi tidak kisah filem mana yang terpilih,” katanya.
Pengarah Terbaik FFM23, Syamsul pula tidak menyang�ka dua filem arahannya, KL Gangster dan Khurafat meraih pencalonan yang banyak termasuk dirinya tercalon untuk kategori Pengarah Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik menerusi KL Gangster.
“Tercalon sebagai Pelakon Lelaki Terbaik membuatkan saya lebih terkejut kerana mengharapkan pelakon filem saya berpeluang masuk Top 5. Walaupun Aaron Aziz dan Ady Putra tidak dapat masuk, saya berbangga apabila Shoffi tersenarai.
“Bagi saya, HMM dan Cun! memberikan saingan kuat. Untuk kategori Kesan Visual Terbaik, ia mewujudkan persaingan hebat dan sihat. Apapun, jika menang ia bergantung pada rezeki dan jika saya menang, seharusnya kejayaan itu dikongsi bersama semua pelakon dan kru yang terbabit,” katanya.
Pelakon Nadia Nisaa, me�nyatakan perasaan gembira tercalon kategori Pelakon Harapan Wanita bersama Shera Aiyob (Karak), Syamira Azmil (Karipap-Karipap Cinta), Shamimie Amalina Norhisham (Klipx 3GP) dan Sara Ali (Nur Kasih he Movie).
“Cabaran melakonkan watak gadis kurang upaya, Manis dalam filem Cun! suatu yang sangat mencabar buat saya. Saya sebenarnya seorang yang serius, tetapi apabila apabila tercalon, ini membuktikan saya berupaya membawa karakter berbeza,” katanya.
Dalam kategori Pelakon Harapan Lelaki menyaksikan calon, Aeril Zafril menerusi Aku Tak Bodoh, Zalif Sidek (Bini-Biniku Gangster), Arja Lee (... Dalam Botol), Adey Syafrien (Flat 3A) dan Sallehudin Abu Bakar (Hantu Bonceng).
Malam Kemuncak FFM24 akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Prima (saluran 105) bermula 8.30 malam untuk siaran karpet merah sebelum acara bermula jam 9 malam.
FFM24 mencipta sejarah dari aspek penganjuran apabila ia turut mendapat bajet tertinggi sebanyak RM6.68 juta merang�kumi penajaan siaran dan penaja lain seperti Asia Media untuk promosi FFM24 sebanyak RM1 juta, Maxx Rewards Global Sdn Bhd menaja ‘booklet’ bernilai RM2 juta dan barangan kemas tajaan Amee Philips.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.
Excerpt from:
Galak karyawan guna CGI
- Category: Media
- Tags:festival, firefox, harian-metro, kongsi-artikel, metro, news, pelakon-lelaki, rap












No Responses to “Galak karyawan guna CGI” Leave a reply ›