Skip to Content

Filem Eropah temui penonton di utara

Submitted by on November 4, 2011

Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,

PENGANJURAN Festival Filem Kesatuan Eropah (EUFF) mendapat sambutan daripada penonton tempatan kerana memberi peluang menyaksikan filem hebat terbitan negara Eropah yang jarang dapat ditonton di panggung biasa.

Justeru, diam tak diam sudah masuk edisi ke-12 penganjurannya menerusi skrin antarabangsa di rangkaian pawagam Golden Screen Cinema (GSC).

Jika sebelum ini, hanya rangkaian pawagam GSC sekitar Lembah Klang saja yang menawarkan tayangan eksklusif pelbagai filem menarik, kini peluang sama turut diperoleh penonton di utara tanah air melalui tayangan di GSC Gurney Plaza, Pulau Pinang.

Edisi EUFF 2011 akan berlangsung dalam dua penganjuran iaitu di GSC Mid Valley, GSC One Utama dan GSC Pavillion Kuala Lumpur pada 10 hingga 20 November ini, diikuti GSC Gurney Plaza pula dari 24 hingga 30 November nanti.


Kelmarin, bertempat di GSC Signature The Gardens Mid Valley diadakan majlis sidang media sempena EUFF ke-12. Ia dihadiri Ketua Misi dari Kedutaan Poland, Katarzyna Wilkowiecka dan Ketua Delegasi Kesatuan Eropah, H E Vincent Piket.


Katarzyna berkata, 23 filem daripada 17 negara Eropah akan ditayangkan sepanjang EUFF 2011. Katanya, ia satu peningkatan baik menunjukkan penonton tempatan bersikap terbuka dan memberi sambutan menggalakkan pada EUFF.

“Boleh dikatakan, ini satu pencapaian hebat untuk EUFF 2011. Oleh itu, sekali lagi EUFF kembali ke Malaysia untuk memaparkan kekayaan budaya negara yang bernaung dalam kesatuan ini menerusi kepelbagaian persembahan di dalam genre filemnya.

“Filem yang ditayangkan juga meliputi pemahaman lebih mendalam pada perspektif berbeza, dimuatkan elemen romantik serta panorama menarik terhadap landskap, kehidupan dan budaya di benua Eropah. Ia pastinya satu pengalaman hebat.

“Seperti tahun sebelumnya, saya juga mengharapkan EUFF 2011 tetap mendapat perhatian serta sambutan menggalakkan penonton. Ini kerana, semua filem ditayangkan adalah terbaik dan pernah memenangi pelbagai anugerah di negara masing-masing,” katanya.

Menurut Katarzyna lagi, selain filem untuk tontonan dewasa, EUFF 2011 juga tidak melupakan tatapan sesuai buat kanak-kanak serta seisi keluarga dengan dua karya iaitu Kooky dari Republik Czech dan Niko & the Way To The Star (Finland).

Sehubungan itu bagi me�nyemarakkan sambutan EUFF 2011, tiket untuk menyaksikan semua filem ditayangkan cuma berharga RM5. Bagaimanapun, tiket percuma disediakan untuk menonton filem Sepanyol, Cell 211 yang hanya akan diedar�kan pada hari tayangan.

Justeru, bagi mendapat�kan segala maklumat lanjut berhubungan tayangan filem menarik sepanjang EUFF 2011 boleh diperoleh dengan melayari laman web www.euff.com.my dan www.gsc.com.my. Urusan promosi EUFF 2011 juga turut dimuatkan di facebook (www.facebook.com/GSCinemas) dan twitter.

Antara tumpuan pada festival kali ini ialah filem dari Jerman, Sophie Scholl - The Last Days arahan Marc Rothemund pada 2004 yang mengisahkan perjuangan seorang gadis yang juga pelajar universiti dalam menentang kekejaman pihak tentera Nazi pada 1943.

Ditayangkan selama dua jam, filem lakonan Julia Jentsch itu pernah memenangi anugerah Aktres Terbaik dan Arahan Terbaik di Festival Filem Jerman pada 2005, Audience Award, German Guild Award 2005, European Film Award, Bavarian Film Award 2005 dan German Film Critics Award 2005.

Filem lain yang tidak harus dilepaskan penonton tentunya dua karya dari Britain iaitu Oliver Twist, 1922 dan Great Expectations, 1946 yang diterbitkan secara hitam putih. Malah. Filem Oliver Twist, 1922 tidak mempunyai dialog.

Diadaptasi daripada novel kedua paling popular di dunia, Charles Dickens, ia mengisahkan kehidupan seorang budak lelaki yang tinggal di rumah anak yatim.
Filem lakonan bintang cilik, Jackie Coogan ini dapat ditafsirkan menerusi aksi lakonannya.

Begitu juga penerbitan filem Great Expectations, 1946 yang turut diadaptasi daripada novel nukilan Dickens. Filem klasik lakonan John Mills, Bernard Miles dan Valerie Hobson yang diarahkan David Lean ini pernah memenangi Anugerah Academy untuk kategori Pengarahan Seni Terbaik dan Sinematografi Terbaik.

Filem lain yang turut mengisi EUFF 2011 ialah Buddy dari Norway, Pure (Sweden), A Breath Of Heaven (Austria), Europolis (Romania), Venice (Poland), If I Have To Be Honest (Itali), A Perfect Match (Belgium), Winter in Wartime (Belanda), The Escape (Denmark) dan Tandoori Love (Switzerland).

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.

Go here to see the original:
Filem Eropah temui penonton di utara

Related Posts with Thumbnails
Voted by:
sebokmama










pelaburan silver

No Responses to “Filem Eropah temui penonton di utara” Leave a reply ›

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>