Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,
TERSERGAM indah sebagai mercu tanda ibu kota, Menara Berkembar Petronas atau KLCC sering menjadi tumpuan warga tempatan termasuk pelancong asing.
Menariknya, KLCC bukan saja mempromosi lokasi pusat membeli-belah terbaik negara, malah kewujudan Dewan Filharmonik Petronas (DFP) di dalamnya memberi kemudahan kepada pengunjung menikmati persembahan seni bertaraf antarabangsa.
Dalam menarik perhatian pengunjung ke sini, DFP sering mengatur agenda persembahan seni sepanjang tahun. Berita gembira buat peminat seni tanah air mahupun antarabangsa, DFP kembali membawakan persembahan bersempena Festival Seni KLCC.
Eksekutif Perhubungan Media, DFP, Hisham Abdul Jalil, berkata acara ini adalah anjuran kali kedua selepas ia mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung ketika pertama kali diadakan tahun lalu.
“Acara ini anjuran bersama DFP, Galeri Petronas dan Petrosains dalam membangunkan KLCC sebagai pusat seni. Apa yang ditekankan, DFP menjadi pentas persembahan muzik dan artis tersohor pelbagai genre manakala Galeri Petronas menghimpunkan 1,400 lukisan hasil pelukis ternama.
“Begitu juga Petrosains muncul sebagai pusat sains dan teknologi kreatif dan
ekspresif. Dengan adanya festival ini, ia bakal mempromosi dan meraikan seni Malaysia di menara berkembar yang ikonik,” katanya.
Festival yang memulakan tirai persembahan Rabu lalu menerusi gabungan Ensembel Seni Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) dan Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (Aswara) Dance Company, meneruskan agendanya, jam 8.30 malam ini bertemakan Malaysian Diversity.
Persembahan ini didukung Orkestra Tradisional Malaysia dipimpin Mohd Yazid Zakaria. Persembahan ensembel ini bakal memberi kelainan menerusi gandingan persembahan bersama penyanyi undangan seperti Jaclyn Victor, Iqwal Hafiz dan kumpulan Orang Asli, Bahbola.
Antara lagu yang akan dipersembahkan bersama penyanyi ini ialah Gemilang, Joget Kenangan Manis, Somewhere, Corazon Espinado, medley karya terbaik Tan Sri P Ramlee, Pak Ngah Balik, Santubong, Sayang Kinabalu, Dondang Sayang, Empat Dara dan Zapin Budi.
Kata Hisham, persembahan ini bukan hanya hiburan kosong, sebaliknya bakal menyaksikan elemen perpaduan rakyat yang menjunjung tinggi konsep 1Malaysia.
“Untuk persembahan hari ketiga pada 29 Oktober, pengunjung berpeluang
menyaksikan persembahan MPO membawakan tema MPO’s Native Foray.
“Persembahan ini dipimpin pemain trombon MPO, Marques Young yang dijangka membawakan seleksi lagu yang diinspirasi daripada karya Tan Sri P Ramlee, Datuk Sheila Majid, Datuk Siti Nurhaliza, James Brown dan Ibrahim Ferrer. Pemilihan lagu dan penyanyi sebegini menterjemah pengaruh muzik tempatan dan antarabangsa.
“Kemeriahan festival ini menutup tirai persembahan bersama Badan Kesenian Warisan Johor yang membawa tema, Johor Heads North pada 30 Oktober. Johor popular dengan tarian zapin dan muzik ghazal. Persembahan sebegini menjadi tarikan yang akan dipersembahkan di pentas DFP nanti.
“Dalam persembahan dikenali Pesona Jauhar, ia dibahagikan kepada empat segmen, Tika Dinihari, Terbitnya Suria, Cahaya Mega dan Berlabuhnya Malam Permata Tetap Bersinar.
Mereka yang ingin menyaksikan persembahan di DFP, tiket berharga RM58 boleh dibeli di kaunter Box Office dari Isnin hingga Sabtu, bermula jam 10 pagi hingga 6 petang manakala jam 9 malam pada hari persembahan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-20517007.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.
Visit link:
Festival Seni KLCC
- Category: Media
- Tags:arena, blue, chrome, facebook, festival, festival-seni, firefox, islam, kongsi-artikel, news, opera, sakit-puan












No Responses to “Festival Seni KLCC” Leave a reply ›