Skip to Content

Elfira tidak kekok

Submitted by on December 10, 2011

Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,

CUKUP mengujakan melihat keletah pelakon cilik jelita, Elfira Loy atau nama sebenar, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 17, sepanjang percutian menjayakan kembara Travelog AirAsia ke Jogjakarta dan Solo, Indonesia pada 28 Oktober lalu.

Perwatakannya selamba dan lucu namun punya karektor tersendiri sebagai pelakon berbakat besar. Sifatnya yang peramah dan tidak lokek senyuman, menjadi ‘senjata’ menawan hati sesiapa saja yang menyapanya.

Melihat personaliti menarik dimilikinya tidak hairan dia dipilih menjayakan program mempromosikan destinasi pelancongan antarabangsa sebagai hos bersama pengacaranya, Edd Razhe.

Elfira juga bukan asing dalam bidang pengacaraan kerana pernah terbabit dalam program Cuti-Cuti Famili disiarkan menerusi TV1 pada usianya 11 tahun. Pengalaman diraih menerusi program destinasi pelancongan tempatan itu, sedikit sebanyak membantunya ketika rakaman Travelog AirAsia di Jogjakarta dan Solo.


Walaupun tanpa skrip khusus dan segalanya dilakukan secara spontan, hasil diterjemahkan Elfira amat mengagumkan. Ini bukan pujian kosong, malah kemampuan Elfira diakui Edd serta kru produksi sepanjang empat hari berada di Jogjakarta dan Surakarta atau lebih dikenali sebagai Solo.


Edd yang juga Penerbit Eksekutif program itu berkata, Elfira bukan saja jelita malah pintar dan mempunyai karektor baik. Lebih mengagumkan Edd kerana Elfira cekap dan mudah memahami setiap arahan diberikan penerbit.

“Bukan mudah untuk menghafal skrip ringkas yang diberikan secara spontan, namun bagi Elfira ia begitu mudah. Hanya sedikit penerangan dan tunjuk ajar dari kami dan penerbit, Elfira terus dapat menterjemahkannya. Inilah kelebihan dan kepintaran dimilikinya,” katanya.

Elfira yang dikenali menerusi Qaleesya, Waktu Rehat dan Kum Kum, mengakui teruja berkunjung ke Jogjakarta dan Solo memandangkan dia tidak berpeluang berkunjung ke mana-mana lokasi di Indonesia sebelum ini. Dia turut ditemani ibunya, Filzah Yusoff.

“Apabila kakitangan AirAsia menghubungi saya memaklumkan tawaran ini, saya terus setuju. Sebaik menjejakkan kaki di Jogjakarta, saya cukup teruja melihat kehidupan masyarakatnya yang peramah dan mempunyai budi bahasa serta menghargai budaya.

“Kebanyakan penduduk ditemui mengetahui asal usul sejarah dan tempat menarik di sini. Mereka inilah yang secara tidak langsung mempromosikan destinasi pelancongan kepada pelancong luar,” katanya.

Penggambaran di Jogjakarta dan Solo turut disertai Penerbit, Khairul Anuar Azmi, Penolong Penerbit, Kamarul Zariman Abdul Rahman dan dua jurukamera berpengalaman, Bismi Adira Lokman dan Abdul Latif Abdullah serta tiga wakil media.

Rancangan Travelog AirAsia sebanyak 26 episod ini bersiaran setiap Ahad, jam 7.30 malam menerusi TV3 dan episod bersama Elfira ini dapat disaksikan malam esok.

Antara destinasi menarik yang dipaparkan termasuk Candi Borobudur, Jalan Malioboro, pohon beringin kembar terletak di Alun-Alun Selatan atau lebih dikenali dengan panggilan Alun-Alun Kidul, Kota Gede, Pasar Antik Triwindu dan Muzium Batik Danar Hadi.

Sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Adi Sucipto, Jogjakarta tepat jam 9 pagi, delegasi disambut Ketua Stesen AirAsia Indonesia di Jogjakarta, Richard Hendrikus Kalumata, sebelum dibawa ke hotel penginapan di Hotel Grand Palace, Jogjakarta.

Rakaman turut dilakukan di Masjid Agung selepas rombongan solat Jumaat diikuti makan tengah hari di Restoran Pendopo Dalem yang menyajikan pelbagai jenis masakan dan kuih-muih masyarakat Jawa.

Selain menjamu selera, Edd dan Elfira turut bermain sejenis gendang masyarakat Jawa dikenali sebagai gander serta menari tarian Jawa, ‘Incling Jagget’.

Destinasi menarik lainnya, Taman Sari Water Castle atau Istana Air iaitu bekas taman larangan kerajaan Kesultanan Jogjakarta. Taman Sari dibangunkan pada abad ke-18 dan berfungsi sebagai kawasan istirahat, bengkel, tempat meditasi, kubu pertahanan dan persembunyian.

Ketika tiba di Candi Borobudur, Elfira meluahkan rasa kagumnya apabila pertama kali melihatnya di depan mata hingga terpegun dan bangga kerana dapat naik hingga tingkat paling atas malah mengelilingi candi itu.

Kota Gede yang terkenal dengan perusahaan batik dan perak, Edd dan Elfira berpeluang menyaksikan kehalusan pertukangan pelbagai barangan termasuk cincin dan anting-anting perak di Kilang Ansor Silverware serta membelinya.

Selama dua hari di wilayah Solo, Edd dan Elfira dibawa melawat Pasar Antik Triwindu selain menerima kejutan apabila diundang makan malam di rumah Datuk Bandar atau Wali Kota Solo, Jokowi serta Muzium Batik Danar Hadi yang memberi peluang melihat 800 kain batik dan baju batik pelbagai corak dan jenis daripada 11,000 koleksi dimiliki.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.

Original post:
Elfira tidak kekok

Related Posts with Thumbnails
Voted by:
sebokmama










pelaburan silver

No Responses to “Elfira tidak kekok” Leave a reply ›

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>