Skip to Content

Elak syok sendiri

Submitted by on October 19, 2011

Cerita Artis Selebriti hari ini,

Hip

LAGU memainkan peranan penting bagi seseorang artis untuk menambat hati peminat, malah lagu jugalah yang membuatkan peminat memahami karektor seorang penyanyi.

Melalui lagu, nama Alif Satar menjadi bualan peminatnya yang kebanyakannya remaja. Mendengar saja setiap bait lagu dan muzik yang diketengahkan menyentuh sanubari jiwa muda peminatnya.

Kali ini Alif tampil menerusi album kedua, juga yang terbaru menampilkan persembahan muzik dianggap lebih dekat dengan golongan muda atau sebaya dengan dirinya.

Tampil kekal dengan irama rancak sesuai untuk golongan remaja, dia berasakan lagu yang dimuatkan di dalam album keduanya itu juga mampu mencuri perhatian setiap gadis.

Sasaran saya untuk menambat hati peminat remaja terutama gadis kerana lagu-lagu di dalam album ini menampakkan sedikit kematangan berbanding album pertama.

Kebanyakan yang mengikuti lagu-lagu nyanyian saya golongan muda. Jadi saya akan terus sasarkan kepada golongan ini, katanya.

Melihat kejayaan album pertamanya, Nakal mencapai penjualan 3,000 salinan, Alif menganggap golongan ini masih memilih album fizikal berbanding muat turun di internet.
Album keduanya, Lelaki Seperti Aku memuatkan tujuh lagu dan tiga minus one, menampilkan sedikit kelainan dan menunjukkan kematangan seiring dengan usia pembabitannya di dalam industri hiburan.

Saya minat jazz serta muzik yang ditonjolkan kumpulan Maroon 5 tetapi saya tak boleh ikut selera sendiri dalam penghasilan album kerana tak semestinya apa yang kita minat, orang lain pun suka.

Jadi kena buat lagu yang orang minat. Dalam masa sekarang orang nak dengar apa yang saya boleh bagi, bukannya apa yang saya suka, jelasnya.

Usia lima tahun di dalam industri muzik mungkin agak muda tetapi Alif menunjukkan pengalaman dan kematangan dari segi pemilihan lagunya sehingga sanggup mengenepikan muzik pilihan hati.

Album yang memuatkan single hitnya, Lelaki Seperti Aku serta lagu baru, Abdul, Pendusta, Rapuh, Dalam Sunyi, There We Go dan Timeless cukup dekat dengan golongan remaja.

Berasakan masih belum sampai waktu untuk menghasilkan album yang lebih matang seiring dengan usianya 21 tahun, Alif mahu melihat peningkatan karier seninya bermula di peringkat remaja.

Bukan saya takut untuk menghasilkan lagu syahdu, mendayu atau matang tetapi merasakan masih belum cukup kuat untuk menambat golongan dewasa kerana saya masih baru. memang akan ada lagu-lagu sedemikian mungkin di dalam album saya akan datang pabila peminat remaja saya ini sudah menjangkau dewasa, terangnya.

Menganggap muzik sebagai medium hiburan semata-mata, Alif tidak pernah mengaitkan lagu-lagunya dengan kisah peribadi.

Malah, setiap lagu yang dihasilkan adalah suatu imaginasi pengkarya muzik sebagai hiburan menyenangkan hati kepada pendengar bukan berkaitan kisah hidup penyanyi.

Semua orang anggap begitu, sebenarnya lagu Lelaki Seperti Aku tiada kaitan dengan diri saya dan semua lagu saya adalah sekadar untuk menghiburkan peminat muzik saja.

Dari segi pemilihan lagu juga dibuat bersama dengan label muzik agar sesuai dengan vokal saya bahkan lagu yang saya tulis sendiri, Katamu juga tidak dipilih untuk album ini, terangnya.

Album yang menampilkan komposer Panji Sakti (Lelaki Seperti Aku, Abdul, Rapuh dan Dalam Sunyi), Zimi Sofaz (Pendusta) dan Amirah Ali (There We Go) itu akan dipasarkan 24 Oktober ini.

Lebih menarik lagi, percubaan pertamanya menyampaikan lagu berbahasa Inggeris, There We Go dan Timeless berduet dengan penyanyi Filipina, Julia Abueva, 16, menampakkan kelainan pada dirinya.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters featured article: A 'Malign Intellectual Subculture' - George Monbiot Smears Chomsky, Herman, Peterson, Pilger And Media Lens.

Continue reading here:
Elak syok sendiri

Related Posts with Thumbnails
Voted by:
selebriti










pelaburan silver

No Responses to “Elak syok sendiri” Leave a reply ›

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>