Skip to Content

Ejad tak sanggup kongsi kasih

Submitted by on November 11, 2011

Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,

DIKELILINGI semua teman sebaya dan empat beradik lelaki yang sudah berkahwin, sedikit sebanyak memberi tekanan kepada bintang filem Berlari Ke Langit dan Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Siti Elizad Mohd Sharifudin yang masih hidup membujang pada usia penghujung 20-an.

Secara peribadi, Siti Elizad atau lebih mesra disapa Ejad, 27, mengakui hidupnya juga tidak leng�kap selagi belum berumah tangga. Akui Ejad, bukan terdesak untuk berkahwin cuma mengenangkan perkahwinan dituntut agama Islam dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

“Terus terang, saya memang sudah bersedia daripada aspek mental dan fizikal untuk melangkah

ke alam rumah tangga. Saya percaya, pada usia sekarang memang layak dan tepat untuk bergelar isteri dan ibu.


“Maklumlah, apabila arwah ibu sudah tiada, saya seperti hilang dahan tempat bergantung. Saya melihat suamilah kelak akan menjadi tempat me�ngadu apabila ibu tiada,” katanya.


Akui Ejad, dia juga ingin menunaikan impian arwah ibu, Nazariah Mohd Salleh, 62, (meninggal dunia pada April lalu) yang teringin melihatnya berumah tangga.

“Saya masih ingat lagi, arwah ibu beritahu dia ingin melihat saya berkahwin dulu sebelum menutup mata. Namun, Allah lebih menyayanginya daripada saya sekeluarga.

“Apabila ibu meninggal, hubungan saya dengan bapa kembali rapat dan kami sekeluarga sudah tinggal bersama di rumah.

Kini, kesunyian terubat apabila adik lelaki saya mempunyai anak, Mikhail. Selain itu, saya ada kucing Parsi, Snowball yang mengisi kekosongan hati apabila sunyi,” katanya.

Sampai saat ini, kata Ejad, kenangan bersama arwah ibu tercinta sentiasa kekal dalam ingatannya.

Katanya, walaupun ibu sudah tiada, dia sentiasa teringat dan cukup rindu kepadanya. Mungkin kerana hubungan mereka cukup rapat sehingga ke akhir hayatnya dulu.

Bagi menghilangkan rindu terhadap arwah ibunya, Ejad menyimpan semua barang peribadi milik ibunya termasuk baju sebagai kenangan.

“Sebelum ini, apa saja perkara terutama berkaitan peribadi semuanya saya kongsi dengan ibu. Hati saya memang kosong sejak ibu tiada. Hanya arwahlah tempat saya mengadu. Apabila arwah ibu tiada, kosongnya memang lain macam. Saya pun tak tahu macam mana nak beritahu kepada orang.

“Maklumlah, saya anak perempuan tunggal dalam keluarga. Empat lagi adik beradik semuanya lelaki dan mereka semuanya sudah berkahwin serta ada keluarga sendiri. Takkanlah saya nak kongsi hal orang perempuan dengan adik beradik lelaki pula,” katanya.

Selepas 11 tahun putus cinta, ternyata Ejad belum bertemu pengganti bagi mengisi kekosongan hatinya. Kata Ejad, bukannya dia terlalu cerewet dalam mencari teman hidup, cuma belum bertemu lelaki yang tepat untuk dijadikan calon suami.

“Saya pula jenis yang suka duduk rumah dan berkurung dalam bilik kalau tidak terbabit dengan penggambaran. Mungkin itu sebabnya saya susah nak jumpa teman lelaki istimewa.

“Kriteria lelaki pilihan pula ialah yang tetap ada masa untuk saya walau sesibuk mana pun dia dengan urusan kerjanya. Saya memang suka lelaki yang romantik dan suka memanjakan saya.

“Kalau tengah bercinta, saya memang suka kalau si dia telefon tanya sama ada saya sudah makan atau belum. Kalau tak pun, sekadar bertanya khabar pun cukuplah.

“Ini mungkin sebab ibu yang besarkan kami dalam hubungan kekeluargaan yang cukup rapat. Tapi, kalau si dia rimas untuk melayan kerenah saya memang dia bukan kriteria calon suami saya,” katanya.

Ditanya sama ada dia boleh terima suami orang sebagai calon suami, Ejad mengakui dia tidak sanggup berkongsi kasih dengan orang lain.

“Tapi jika sudah takdir saya berkahwin dengan suami orang, siapa yang mampu menolaknya? Saya memang kuat cemburu dan tidak boleh berkongsi hak dengan orang lain. Pada masa sama, saya cepat merajuk. Justeru, si dia pula mestilah pandai memujuk bagi memastikan hubungan kami berjalan lancar.

“Kalau sudah jumpa calon suami yang sesuai, saya tak akan tunggu lama dan kami akan terus kahwin dalam tempoh terdekat juga,” katanya.

EJAD TAK SABAR KEMBALI KE LOKASI

SELEPAS sebulan menjalani pembedahan membuang ketumbuhan cyst, kesihatan Ejad kembali pulih seperti sedia kala. Malah, pelakon ting�gi lampai ini mengakui sudah bersedia daripada aspek mental dan fizikal untuk kembali ke lokasi penggambaran drama dan filem seperti dulu.

Sayangnya, tidak banyak tawaran diterima anak didik pengarah berkaliber, Bade Azmi ini. Buat masa ini, Ejad juga lebih banyak berehat di rumah arwah ibunya sementara menanti tawaran berlakon.

Mungkin ramai produser dan pengarah yang fikir Ejad masih sakit dan kesihatannya tidak mengizinkan untuk dia kembali berlakon.

Justeru, pada sesi fotografi yang diatur bersama Rap di Balai Berita, baru-baru ini, Ejad memberitahu semua dia tidak sabar kembali berlakon sama seperti dulu.

“Saya memang rindu untuk kembali berlakon. Bukannya hanya rindu untuk berlakon filem, tapi juga drama. Memang saya bermula dengan filem, tetapi ia bukan bermaksud tidak minat berlakon drama.

“Saya fikir tidak salah pelakon filem berlakon drama dan tidak jatuh taraf pun kerana berlakon filem atau drama mempunyai cabaran dan kepuasan tersendiri,” katanya.

Kali terakhir, dia berlakon adalah untuk telefilem Jamilah I Love You untuk Astro. Manakala filem terakhir lakonannya ialah Cinta Nan Satu bergandingan dengan Zul Huzaimy.

PROFIL

NAMA PENUH: Siti Elizad Mohd Sharifudin
TARIKH LAHIR: 25 Mei 1984
ASAL: Kuala Lumpur
STATUS: Bujang
KERJAYA: Pelakon, pengacara dan model
KELUARGA: Anak keempat daripada lima adik-beradik
FILEM: Berlari Ke Langit, Gangster, Main-Main Cinta, Rock, Bilut, Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Cinta Yang Satu
TELEFILEM: Jamilah I Love You

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.

Go here to read the rest:
Ejad tak sanggup kongsi kasih

Related Posts with Thumbnails
Voted by:
sebokmama










pelaburan silver

No Responses to “Ejad tak sanggup kongsi kasih” Leave a reply ›

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>