Skip to Content

Dua lagu Yuna ke final

Submitted by on December 5, 2011

Cerita Artis Selebriti hari ini,

Hip

Penakut, Sedetik Lebih bertembung lagi

DUA lagu nyanyian dan ciptaan Yuna iaitu Penakut dan Gadis Semasa antara 12 karya dipilih ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-26.

Turut tersenarai ialah lagu hits yang menjadi tema filem Hikayat Merong Mahawangsa, Sedetik Lebih karya Edry Abdul Halim nyanyian Anuar Zain, selain lagu hasil ciptaan dan nyanyian Najwa Latiff, Cinta Muka Buku.

Aizat dan Faizal Tahir terus memberi saingan apabila lagu nyanyian mereka juga turut disenaraikan ke peringkat akhir. Aizat akan bertanding atas tiket lagu Sungai Lui, manakala Faizal menerusi lagu Karma.

Lagu lain ialah Kalau Berpacaran milik komposer Shohaimi Mior Hassan, Karma (Audi Mok); Kisah Hati(Manusia Putih), Awan Nano(M Nasir), Beribu Sesalan (Kevin Chin), Kekanda Adinda (Monoloque) dan serta Wanita Seluruh Dunia (Boy Clifford).

Semua lagu yang berjaya ke peringkat akhir diumumkan pada separuh akhir ketiga AJL26 di Shah Alam, Jumaat lalu.

"Selain bersyukur, tidak sangka lagu yang jadikan eksperimen ini dihargai. Saya ada mengharap tetapi tidak mahu terlalu tinggi. Apapun seperti peminat tahu, saya bekerja keras dalam melahirkan lagu saya dan amat sayu ia diiktiraf.
“Seperti lagu Penakut, ia sebuah lagu yang berentak perlahan dan ada korus sekali. Saya tidak jangka ia terpilih," kata Yuna.

Jacyln Victor yang mendendangkan lagu Sedetik Lebih lega kerana dapat menyanyikan lagu itu dengan baik.

“Saya tidak mahu berlebih-lebihan menyanyikan lagu itu. Sekarang saya lega dan syukur dapat membawa lagu itu dengan baik. Sebelum ini saya tidak lena tidur memikirkan reaksi peminat. Mana tidaknya, lagu ini sebuah lagu besar dengan komposer dan penyanyinya yang bukan calang orang," katanya tersenyum lega.

Ulasan mereka yang berjaya:

Monoloque(komposer dan penyanyi lagu Kekanda Adinda)

"Syukur lagu ini terpilih. Terus terang saya tidak jangka terpilih sebab saingan hebat. Banyak lagu lain yang saya lihat cukup kuat tetapi juri mengikut sistem penilaian yang tepat. Jadi ini masanya berentap dan membuat yang terbaik,"

Shuhaimi Mior Hassan (penyanyi kalau berpacaran)

"Maranya lagu ini ke peringkat akhir mengimbau kembali kenangan saya ketika menyertai program Cipta Ekspres MACP di Port Dickson. Saya selalunya lebih cenderung membuat lagu laju tetapi kali ini mereka paksa saya buat lagu laju dan ini hasilnya,"

Najwa Latif (penyanyi dan komposer Cinta Muka Buku)

"Syukur kerana lagu ini mara ke peringkat akhir. Saya akan membawa harapan peminat sebaik mungkin dan lagu ini juga adalah ilham dari kakak saya, Ika,"

Aizat( penyanyi lagu Sungai Lui dan komposer bersama abangnya, Anas)

"Saya sedia berjuang dan lagu ini turut dihasilkan abang, Anas dan saya sudah mahu mula memikirkan apa kelainan yang boleh dibawa masuk ke dalam lagu ini. Semua ini tidak diduga seperti mana saya menduga lagu Pokok akan ke peringkat akhir,"

Alyah ( penyanyi Kisah Hati)

Saya sudah bersedia bersaing dan berharap dapat memberikan satu kelainan kepada peminat nanti.”

Projek Pistol (penyanyi lagu Wanita Seluruh Dunia).

"Ini pertama kali kami masuk AJL dan rasa teruja. Kami melihat ia sebagai landasan untuk mara ke dalam industri muzik.

INFO

Lagu ke peringkat Akhir AJL26

  • Sedetik Lebih (Edry Abdul Halim/Anuar Zain)
  • Penakut (Yuna)
  • Kalau Berpacaran (Sohaimi Mior Hassan/Altimet/Ana Raffal)
  • Karma (Audi Mok/Faizal Tahir);
  • Gadis Semasa (Yuna);
  • Kisah Hati (Manusia Putih);
  • Awan Nano(M Nasir/Hafiz);
  • Beribu Sesalan (Kevin Chin);
  • Kekanda Adinda (Monoloque/Atilia);
  • Cinta Muka Buka (Najwa Latif);
  • Sungai Lui (Aizat dan Anas)
  • Wanita Seluruh Dunia (Boy Clifford)


This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.

See original here:
Dua lagu Yuna ke final

Related Posts with Thumbnails
Voted by:
selebriti










pelaburan silver

No Responses to “Dua lagu Yuna ke final” Leave a reply ›

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>