Skip to Content

Depan Mata: Naiklah ‘rating’ MasterChef!

Submitted by on November 14, 2011

Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,

SUDAH lumrah sifat manusia, suka menjadi perhatian, dipuji dan disanjung. Kata orang, kalau dipuji, senyum sampai ke telinga.

Bagi kalangan artis dan selebriti, sememangnya menjadi perhatian walau di mana mereka berada. Namun, dek kerana manusia itu sukakan perhatian, maka mereka akan cuba untuk lebih mendapat tumpuan.

Pelbagai cara dan strategi digunakan. Ada artis wanita memilih untuk tampil seksi ketika melangkah acara permaidani merah supaya jurukamera berebut-rebut merakamkan penampilannya dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Ada pula memilih tampil berani kerana itu juga boleh mengundang perhatian, tetapi bukanlah pujian sebaliknya mungkin cemuhan. Itu dari segi penampilan, perlakuan juga begitu hingga mereka menjadi paparan muka depan akhbar.


Sudah tentu dalam apa keadaan sekali pun, nama keluarga mereka turut terkait sama apatah lagi kalau mereka juga kalangan selebriti atau kalangan VIP. Apakah mereka tenang menghadapinya atau gagal mengawal emosi hingga mengeruhkan lagi keadaan?


Itulah yang dilalui dua ikon popular, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan dan Suhaimi Abdul Rahman (Amy Search) menjelang tarikh 11.11.11.

Bagi anak bujang Chef Wan, Mohd Nadzri atau Chef Riz, mungkin dirinya kurang dikenali berbanding bapa dan adiknya, Serina tapi Chef Riz menjadi perhatian apabila bercinta dengan pelakon baru, Ana Dahlia kerana status Ana dulu menjadi persoalan.

Akhirnya, Ana mengakui statusnya pernah berkahwin walaupun sebelum itu menafikan gosip mengatakan dirinya bergelar janda dan pernah berkahwin dua kali.

Susut isu itu, Chef Riz kembali menjadi tumpuan apabila menjadi juri program MasterChef Malaysia yang buat julung kalinya diadakan versi Malaysia dan bersiaran setiap Sabtu hingga Rabu di Astro Ria.

Tup-tup keluar cerita mengatakan Chef Riz memberikan profil kurang tepat mengenai dirinya dalam laman MasterChef Malaysia menyatakan pernah bekerja di dua restoran terkenal di Amerika iaitu sebagai Chef de Cuisine di Babbo dan Sous Chef di Le Bernardin.

Nak dijadikan cerita, ada pihak yang menyiasat kebenarannya. Maklumlah, dua restoran itu memang dikenali dan pihak di sana menafikan Chef Riz pernah bekerja de�ngan mereka.

Dalam menangani isu ini, Chef Wan lebih tenang dengan membuat kenyataan terbuka di laman sosial facebook (fb) menegaskan tindakan anaknya itu bukan saja memalukan dirinya, malah seluruh ahli keluarganya. Ketika isu ada pihak mempertikaikan status kekasih anaknya, Chef Wan agak beremosi berbanding isu kali ini.

Chef Wan meminta anaknya memohon maaf kepada orang ramai dan menerima apa saja kesan terhadap apa yang dilakukannya. Kata Chef Wan, dia selalu berpesan kepada anaknya supaya berkelakuan jujur dan menjadi model kepada kanak-kanak. Tiada apa yang boleh dilakukannya kerana nasi sudah menjadi bubur.

Apa lagi yang mampu diucapkan seorang ayah. Malah kata Chef Wan, sebagai ayah dia tidak boleh sentiasa bertanggungjawab dengan kelakuan anak-anak yang sudah dewasa itu. Akui�nya, bukan mudah menjadi bapa kerana cabaran selalu datang bertubi-tubi.

Dari sudut lain, isu ini mungkin memberi keuntu�ngan kepada Astro kerana orang mula bercakap mengenai program baru ini. Kalau sebelum ini tidak ramai yang mempedulikannya tapi dek kerana isu ini, mereka mula memberi perhatian.

“Naiklah ‘rating’ MasterChef” kata Editor RAP, Roslen Fadzil. Saya terus ketawa dan kontroversi itu satu publisiti hangat buat Astro Ria. Elemen panas ada kalanya membawa keuntungan hing�ga ada yang berasakan ia gimik yang sengaja dirancang untuk menarik perhatian orang.

Ikon rock terkenal, Amy Search pula berhadapan isu gambar cium anak perempuannya, Nabila Huda, tersebar di Internet. Kehadiran Amy pada majlis pelancaran ‘single’ terbaru�nya dengan Hazama, Simetri di The Gardens, Selasa lalu, turut menjadi sasaran untuk mendapatkan komennya.

Amy, 53, nyata terkejut tetapi tenang mengawal emosi ketika ditanya perkara itu. Dulu Nabila pernah cetuskan kontroversi apabila ‘berposing’ melompat sakan ketika berada di Tanah Suci.

Kali ini Amy menasihati Nabila supaya berhati-hati menjaga nama baik, lebih-lebih lagi dirinya seorang perempuan dan ibu kepada seorang anak perempuan, Keisha Laila.

Amy juga berharap Nabila bertanggungjawab dengan apa yang dilakukan dan hadapi kesilapan yang dibuat. Sebagai ayah, Amy akui ia adalah tanggungjawabnya untuk menasihati anak-anak dan selalu berpesan supaya menjaga tingkah laku agar tidak merosakkan nama keluarga.

Walaupun Amy mahupun Chef Wan berdepan dengan saat genting, namun mereka tetap bersabar menangani masalah. Mereka sedar masalah harus diselesaikan, bukan berlari menjauhinya.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.

Originally posted here:
Depan Mata: Naiklah ‘rating’ MasterChef!

Related Posts with Thumbnails
Voted by:
sebokmama










pelaburan silver

No Responses to “Depan Mata: Naiklah ‘rating’ MasterChef!” Leave a reply ›

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>