Skip to Content

Dengarnya…: Ombak Rindu atasi Breaking Dawn

Submitted by on December 5, 2011

Cerita Artis Selebriti hari ini,

Hip

ANTARA pelakon filem Ombak Rindu.

ANTARA pelakon filem Ombak Rindu.

TIBA-TIBA, Cik Normah dengar semua orang bercerita mengenai filem terbaru lakonan Maya Karin dan Aaron Aziz, Ombak Rindu. Rakan di pejabat pun ibaratnya berlari ke sana berlari ke sini bertanyakan perihal filem arahan Osman Ali itu kepada mana-mana wartawan yang sudah pun menonton filem terbabit pada sesi pratonton baru-baru ini.

Kawan-kawan yang sudah pun menonton filem yang diangkat daripada novel tulisan Fauziah Ashari baru-baru ini rata-rata memberitahu, mereka terhibur dengan garapan terbaru pengarah yang pernah mencuit hati peminat dengan filem Cun sebelum ini. Malah, tidak kurang yang kehabisan tisu kerana tidak dapat menahan kesedihan menonton lakonan hebat Maya.

Cik Normah sendiri belum berkesempatan menonton filem terbabit. Sebabnya, ingatkan nak tengok pada beberapa hari pertama tayangan. Malangnya, tiket filem terbabit di kawasan tempat tinggal Cik Normah semuanya habis! Tak apa, Cik Normah tunggulah saja dua tiga hari lagi.

Teman Cik Normah di ofis pun ada menerima kiriman e-mel daripada Pengarah Urusan Tarantella Pictures Sdn Bhd, Sharad Sharan, yang mengucapkan terima kasih atas sokongan rakan media terhadap filem Ombak Rindu. Dia turut memaklumkan, pungutan kasar hari pertama filem itu ialah RM750,000, mengatasi catatan dilakukan The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1.

Dalam e-melnya dia berkata, sokongan dan bantuan yang diberikan itu berjaya mengetengahkan maklumat serta mempromosikan filem ini kepada masyarakat umum.

"Justeru, melalui sokongan dengan sebaran maklumat dan komentar yang menyokong serta membina, filem ini berjaya menarik perhatian masyarakat melalui sambutan yang memberangsangkan pada hari pertama tayangannya.

“Sesuatu yang positif terpancar melalui sambutan hari pertama tayangannya di mana kebanyakan panggung yang menayangkannya menyaksikan fenomena ‘kehabisan tiket’. Kami mendapat maklumat, hampir semua panggung sekitar lembah Klang termasuk di negeri-negeri lain kehabisan tiket. Semua ini terjadi ekoran dokongan rakan media semua kerana tanpa adanya sokongan positif dari rakan-rakan sekalian, fenomena ini mungkin tidak akan berlaku," kata Sharad.
Sharad turut berharap fenomena yang memberangsangkan ini dapat berpanjangan dalam usaha untuk meraih kutipan sebanyak mungkin.

"Kami sedar, Ombak Rindu sebuah filem bergenre drama, yang biasanya agak sukar meraih kutipan di pasaran. Namun, demi mempertingkatkan mutu dan tahap industri filem tempatan, kami berasakan perlu memulakan usaha menerbitkan filem-filem yang punyai kandungan bermutu dan mantap. Justeru, sokongan dan bantuan rakan media amatlah kami perlu dan hargai demi memupuk usaha kami ke arah itu," katanya lagi.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.

Read the rest here:
Dengarnya...: Ombak Rindu atasi Breaking Dawn

Related Posts with Thumbnails
Voted by:
selebriti










pelaburan silver

No Responses to “Dengarnya…: Ombak Rindu atasi Breaking Dawn” Leave a reply ›

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>