Cerita Artis Selebriti hari ini,
Hip
SEBELUM ini, rakan setugas Cik Normah dalam sisipan B*POP akhbar Berita Minggu ada menyiarkan cerita mengenai Nur Fathia yang didakwa enggan memulangkan baju yang dipinjamnya dari sebuah butik walaupun sudah beberapa kali pemiliknya itu mengingatkannya.
Dalam artikel itu, Fathia memberikan alasan bahawa orang yang dipertanggungjawabkan iaitu pembantu peribadi sambilannya tidak melaksanakan amanah yang diberikan. Sempat buat harta sekejap sebelum mengembalikannya pada si tauke butik berkenaan.
Baju itu dipulangkan sehari selepas artikel itu disiarkan. Agaknya, kalau kawan Cik Normah tak bertanyakan mengenai hal itu, sampai bila-bila baju itu diperam si pembantu berkenaan.
Cik Normah ingat, bila baju sudah dikembalikan, tak adalah perkara berbangkit yang berlaku.
Apa yang Cik Normah dapat tahu, tauke butik berkenaan terkilan dengan sikap pembantu Fathia itu. Sudahlah lewat pulang lepas ada ke patut dia lemparkan saja pakaian itu sesuka hati. Mana tak sakit hati kawan itu apabila pakaiannya di buat sebegitu rupa. Masa nak pinjam bukan main lembut gigi dari lidah. Bila sudah dipulangkan, main campak saja.
Kalau Cik Normah kena macam tu, sudah lama Cik Normah campak balik kat muka si pembantu itu tadi. Awak ingat baju itu kain buruk ke? Janganlah nak mengamuk tak tentu pasal. Kalau dikembalikan mengikut yang dijanjikan, Cik Normah yakin perkara ini tak kecoh.
Kadang-kadang, Cik Normah kasihan juga dengan artis yang dianiaya pembantu sendiri. Disebabkan orang lain, artis ada kalanya jadi mangsa walhal mereka sebenarnya tak tahu apa-apa.
Kepada Fathia, Cik Normah nak pesan, selepas ini jangan selalu sangat nak bergantung dengan pembantu sendiri. Tengok apa sudah jadi? Tak pasal-pasal nama awak busuk. Selepas ini Cik Normah yakin tentu ramai yang serik nak bagi pinjam pakaian atau apa saja andai begitulah caranya awak mengendalikan harta yang dipinjam.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.
Read more:
Dengarnya... Nama buruk kerana orang lain
- Category: Berita
- Tags:berita, berita-harian, chrome, digital, ekonomi, kuala-lumpur, mobile, normah, opera, surat












No Responses to “Dengarnya… Nama buruk kerana orang lain” Leave a reply ›