Cerita Artis Selebriti hari ini,
Hip
KEPADA sesiapa yang berasakan dirinya berbakat dalam lakonan dan nyanyian, serta berminat dalam persembahan teater, inilah masanya untuk membuktikan kebolehan berkenaan.
Les Copaque Production Sdn Bhd dan CTRA Production khabarnya akan mengadakan sesi uji bakat bagi mencari pelakon teater Muzikal Upin & Ipin yang bakal dipentaskan di Istana budaya dari 14 April hingga 6 Mei tahun depan.
Sesi uji bakat itu akan diadakan pada 13 Disember ini, jam 10 pagi, bertempat di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Selaian pandai berlakon, menari dan menyanyi, calon yang berminat juga perlulah berumur antara 10 hingga 25 tahun serta tiada masalah kesihatan.
Difahamkan juga, mereka yang terpilih akan menjalani latihan pesat selama beberapa bulan, sehinggalah pementasan sebenar diadakan.
Selain itu, Cik Normah juga diberitahu, tiket muzikal Upin & Ipin laris bagai pisang goreng panas. Walaupun hanya akan dipentaskan pada April nanti, tetapi tempahan sudah pun dibuka sejak bulan lalu, kalau tak silap Cik Normah.
Nasib baik Cik Normah tak ada anak kecil, kalau tidak, gerenti Cik Normah akan bawa dia menonton muzikal ini. Maklumlah, semua kanak-kanak boleh dikatakan menggemari karakter dua budak lelaki comel terbabit. Silap hari bulan, anak tak seberapa tapi mak dia pula yang lebih-lebih.
Memandangkan Cik Normah tak ada anak sendiri, mungkin Cik Normah mempertimbangkan untuk membawa anak-anak buah Cik Normah yang memang peminat setia dua kembar ini.
Oh, minta maaf melalut pula Cik Normah. Berbalik kepada sesi uji bakat tadi, bagi mereka yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenainya bolehlah hubungi 017-2004249 atau 03-61866592. Mereka juga boleh melayari Facebook Upin dan Ipin.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.
Follow this link:
Dengarnya...: Muzikal Upin & Ipin cari pelakon
- Category: Berita
- Tags:1klassifieds, akhbar-digital, bintang-popular, digital, ekonomi, facebook, kuala-lumpur, mobile, nasional, pendidikan, rona, sastera












No Responses to “Dengarnya…: Muzikal Upin & Ipin cari pelakon” Leave a reply ›