Cerita Artis Selebriti hari ini,
Hip
AMBOI, satu demi satu artis antarabangsa yang mengadakan konsert di Malaysia nampaknya berkenan kepada Mizz Nina. Maksud Cik Normah, bukanlah berkenan hendak dijadikan kekasih, tetapi sebagai artis undangan pembuka tirai persembahan mereka.
Yalah, kalau tidak silap Cik Normah, sejak kebelakangan ini, nama Miss Nina asyik saja ‘mengena’ apabila artis antarabangsa mengadakan persembahan di ibu kota kita.
Dia pernah menjadi artis pembuka tirai konsert Usher pada Julai tahun lalu di Stadium Putra Bukit Jalil. Mizz Nina juga diundang menjayakan konsert Bruno Mars di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 10 April tahun ini. Selepas itu, pada 21 April pula, dia menghangatkan pula acara persembahan pembukaan konsert penyanyi sensasi Justin Bieber di Stadium Merdeka.
Cik Normah dapat tahu, penyanyi yang terkenal dengan lagi What You Waiting For ini akan muncul pula pada segmen pembukaan konsert Pitbull di Sunway Lagoon, pada 1 Disember nanti. Itulah namanya rezeki.
Cik Normah tengok, Mizz Nina sendiri artis yang kuat berusaha dan bersungguh-sungguh dalam memahat namanya sebagai penghibur disegani. Jadi, segala undangan menjayakan konsert artis antarabangsa ini bukanlah datang begitu saja. Dia sudah membuktikan kemampuannya sebelum ini. Jadi, tidak hairanlah penganjur tidak jemu-jemu mengundangnya lagi.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters featured article: A 'Malign Intellectual Subculture' - George Monbiot Smears Chomsky, Herman, Peterson, Pilger And Media Lens.
Originally posted here:
Dengarnya...: Mizz Nina buka tirai konsert Pitbull
- Category: Berita
- Tags:akhbar-digital, dunia, firefox, hubungi-kami, malaysia, mobile, sastera, sukan












No Responses to “Dengarnya…: Mizz Nina buka tirai konsert Pitbull” Leave a reply ›