Skip to Content

Dengarnya… Kos Festival Dokumentari cecah RM400,000?

Submitted by on December 2, 2011

Cerita Artis Selebriti hari ini,

Hip

MINGGU ini Cik Normah rasa lega sikit apabila tidak lagi mendengar mengenai cerita kontroversi Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24). Minggu lalu, rasanya saban hari ada saja cerita berkaitan kontroversi FFM24 yang disiarkan, sama ada oleh akhbar, portal hiburan mahupun ruangan gosip internet. Berpinar juga mata bila asyik baca benda yang sama.

Cik Normah pun berharap kontroversi itu berakhir di situ sajalah. Kepada pihak terbabit pula, mungkin sudah masanya untuk tumpukan kepada perkara lain pula. Banyak lagi kerja yang harus diselesaikan. Kalau asyik fokus kepada kontroversi itu saja, nanti rambut pun mungkin boleh gugur sama. Media massa pun hendak beri ruangan kepada cerita lain juga.

Antara agenda yang mungkin menjadi perhatian selepas ini ialah Festival Dokumentari anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Khabarnya, festival yang diadakan pada 11 Disember ini juga bukan calang-calang majlis kerana kos penganjurannya dikatakan meningkat beberapa kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

Agaknya FINAS memang mahu mengangkat festival ini supaya tarafnya tidak jauh ketinggalan daripada festival filem cereka. Maklumlah Ketua Pengarahnya pun memang dikenali ramai dari dunia pembikinan filem dokumentari. Maka, mungkin tidak salahlah untuk menjadikan dokumentari sebagai antara produk utama FINAS bermula tahun ini.

Setahu Cik Normah, kos menganjurkan festival itu sebelum ini tidak sampai RM150,000, tetapi kini ia sudah mencecah RM400,000. Jumlah itupun dibisik-bisikkan ke telinga Cik Normah oleh kenalan yang kebetulan agak akrab dengan perbadanan berkenaan.

Dengar ceritanya lagi, banyak juga hadiah berupa wang tunai yang menanti penggiat filem dokumentari yang berjaya pada kali ini. Mungkin inilah antara faktor pertambahan kos penganjurannya.

Kalau tidak silap pendengaran Cik Normah, kerja penganjuran festival ini diserahkan kepada syarikat lain. Maknanya, bukanlah kakitangan FINAS sendiri yang bertungkus-lumus mengadakannya. Itu yang Cik Normah dengarlah kan.
Tidak kisahlah siapa yang mendapat hak penganjurannya, yang penting festival terbabit kenalah jadi agenda yang benar-benar berjaya. Rugi sajalah wang yang dikeluarkan itu andainya hasilnya nanti setakat suam-suam kuku saja.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.

Visit link:
Dengarnya... Kos Festival Dokumentari cecah RM400,000?

Related Posts with Thumbnails
Voted by:
selebriti










pelaburan silver

No Responses to “Dengarnya… Kos Festival Dokumentari cecah RM400,000?” Leave a reply ›

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>