Skip to Content

Dengarnya…: Album Melayu Stephen Rahman

Submitted by on October 5, 2011

Cerita Artis Selebriti hari ini,

Hip

DIAM-diam ubi berisi. Itulah gambaran yang Cik Normah dapat berikan mengenai pelakon utama filem Hikayat Merong Mahawangsa iaitu Stephen Rahman-Hughes. Tanpa sebarang publisiti secara besar-besaran, rupa-rupanya pemegang watak Hang Tuah dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang ini sudah pun menyiapkan buah tangan terbaru untuk peminatnya di sini.

Khabarnya, buah tangan Stephen itu bukanlah filem ataupun teater. Sebaliknya dia bakal muncul dengan album berbahasa Melayu sepenuhnya. Amboi! Bukan main lagi abang Hang Tuah kita ya. Senyap-senyap saja buat album Melayu. Tup-tup, album itu pun sudah siap sepenuhnya.

Cik Normah dan rakan seperjuangan sudah pun mendapat undangan untuk majlis pradengar album itu yang akan diadakan esok. Teringin sungguh Cik Normah hendak mendengar lagu Melayu nyanyian Stephen. Cik Normah tak kisah sebenarnya bagaimana cara sebutannya, kerana apa yang penting dia mempunyai keinginan dan semangat yang kuat untuk merakamkan album Melayu.

Lagipun, sejak membintangi teater Puteri Gunung Ledang dan Hikayat Merong Mahawangsa, Stephen sudah pun mempunyai kelompok peminat tersendiri.
Keupayaannya menyanyikan lagu Inggeris tidak perlu dipertikaikan lagi, sementelah dia bintang di pentas Broadway.

Apapun, Cik Normah memang tak sabar hendak mendengar lagu dalam album itu dan kesempatan ini juga Cik Normah hendak ucap tahniah kerana tidak lupa dengan jati dirinya walaupun bertahun-tahun merantau di luar negara.


This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters featured article: A 'Malign Intellectual Subculture' - George Monbiot Smears Chomsky, Herman, Peterson, Pilger And Media Lens.

Read the original post:
Dengarnya...: Album Melayu Stephen Rahman

Related Posts with Thumbnails
Voted by:
selebriti










pelaburan silver

No Responses to “Dengarnya…: Album Melayu Stephen Rahman” Leave a reply ›

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>