Skip to Content

Dengarnya…: Alahai Noh

Submitted by on November 15, 2011

Cerita Artis Selebriti hari ini,

Hip

CIK Normah tak faham dengan gelagat Noh daripada kumpulan Hujan. Ingatkan, selepas bergelar suami, sifat sambil lewa setiap kali ditemubual wartawan akan berubah.

Rupa-rupanya peel suami Mizz Nina ini masih lagi macam kanak-kanak belum akil baligh. Rasanya, budak tadika pun tahu menjaga tingkah laku di depan orang ramai.

Bukan apa, kalau nak main-main di luar waktu kerja, Cik Normah tak kisah. Ini tidak, ketika sidang media atau sesi temu bual pun dia masih boleh buat lawak bodoh yang meloyakan.

Cik Normah bukanlah tak boleh bergurau. Apa cerita kalau 20 minit pertama dia membuat aksi yang menjengkelkan. Bukan sekali dua, ramai rakan seperjuangan Cik Normah yang sudah terkena.

Tak susah pun kami nak angkat kaki... Cuma, fikirkan anggota kumpulannya yang bersungguh-sungguh untuk mempromosikan album membuatkan kami tak sampai hati nak buat macam tu. Sampai bila kawannya terpaksa jadi tukang ‘coverline’?

Lagi pun, sedarlah sikit wahai Noh, awak bukan membawa diri sendiri tetapi nama keseluruhan kumpulan dan secara peribadinya ia menunjukkan karakter awak yang sebenar.

Bukan nak suruh Noh serius 24 jam, tetapi apabila masuk bab kerja, cubalah belajar untuk serius sikit. Seorang teman Cik Normah pernah dijerkah gara-gara menegur sikapnya ketika sidang media sebelum ini.
Biarlah Cik Normah beritahu, tak ada yang lucu pun kalau berperangai macam budak tak cukup sifat. Jika ditegur, maksudnya orang itu prihatin mahu memastikan Noh tidak lagi kelihatan bodoh di depan orang ramai.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.

Read the original:
Dengarnya...: Alahai Noh

Related Posts with Thumbnails
Voted by:
selebriti










pelaburan silver

No Responses to “Dengarnya…: Alahai Noh” Leave a reply ›

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>