Skip to Content

Dedah gelagat pengkid,‘tomboy’

Submitted by on October 29, 2011

Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,

KALAU genre aksi, Syamsul Yusof sudah membuktikan kehebatannya melalui Evolusi KL Drift, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Evolusi KL Drift 2 dan KL Gangster malah, membawanya menang Pengarah Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-17 (FFM17)

Percubaan pertamanya menghasilkan genre seram melalui Khurafat turut melakar sejarah apabila kutipannya melebihi RM8 juta apabila ditayang�kan di pawagam pada Januari lalu manakala KL Gangster mencatat kutipan lebih RM11 juta ketika ditayangkan Jun lalu.

Namun, bagaimana pula percubaan pertama anak bujang Datuk Yusof Haslam ini mengemudi filem romantik komedi Aku Bukan Tomboy?

Kalau ayahnya, sudah membuktikan kehebatannya melalui filem aksi dan drama melalui Pemburu Bayang, Bayangan Maut, Gerak Khas The Movie, Sembilu dan Maria Mariana, bagaimana pula dengan Syamsul?


Mampukah filem yang membariskan Syamsul bersama Shaheizy Sam, Scha Al-Yahya dan Salina Saibi ini mencatat kutipan tinggi seperti filem Syamsul sebelumnya?


Yusof ketika dihubungi, menaruh keyakinan tinggi terhadap buah tangan terbaru Syamsul. Katanya, ia bukan saja percubaan pertama Syamsul mengarah filem komedi romantik juga filem pertama Skop Productions untuk genre ini.

“Sebenarnya, skrip asal filem ini daripada saya khusus untuk Scha, Syamsul dan Sam ketika mereka sama-sama membintangi Evolusi KL Drift 2 dulu.

“Bagaimanapun apabila agak lama disimpan, saya serahkan kepada Syamsul untuk dipindahkan ke filem. Dari situ, Syamsul dan sepupunya, Rizal Ashreff mengolah semula skrip itu.

“Walaupun skrip saya sudah diolah, saya berpuas hati dengan hasilnya kerana mereka memberi sentuhan lebih segar melalui pemikiran anak muda zaman ini.

“Saya sudah melihat hasilnya dan yakin ia boleh mendapat sambutan positif daripada penonton. Syamsul sudah membuktikan kemampuannya melalui filem aksi kemudian mencuba seram dan kini satu lagi genre baru buatnya.

“Apapun, saya tidak berani sasarkan jumlah kutipan dan menyerahkan kepada penonton menilai filem ini,” katanya.

Kata Yusof, Aku Bukan Tomboy adalah cerita ringkas mengenai tomboy dan ‘pengkid’. Tanggal 17 November juga melegakannya dirinya kerana cuti sekolah akan bermula pada 19 November dan mengharapkan remaja menonton filem itu.

“Kali ini, Syamsul turut berlakon sebagai Burn, pemuda lurus bendul yang bekerja di syarikat milik ayahnya lakonan AR Badul dan Didie Alias. Sebagai pengarah, saya puji lakonan Syamsul dengan watak itu,” katanya.

Ia mengisahkan Farisa atau Eisha lakonan Scha berubah menjadi agresif dan kasar ketika zaman persekolahan kerana sering menjadi mangsa buli pelajar pengkid, Bell dan Sam lakonan Sheera dan Salina.

Perwatakan begitu dikekalkan hingga dia bekerja sebagai penghantar piza. Di sebalik penampilan kasarnya, Farisa masih mempunyai naluri gadis sejati hingga mengubah pendirian dua jejaka, Harry dan Burn lakonan Sam dan Syamsul.

Plot cerita bermula apabila Farisa dikejutkan dengan kemunculan Harry dan Burn yang berhasrat menjalin hubungan istimewa dengannya. Satu dilema yang menuntut pertimbangan yang penuh cabaran daripada Farisa.

Harry, jurujual jalanan, terlebih dulu menjalin hubungan rapat dengan Farisa, rasa tergugat dengan kemunculan Burn sebagai saingannya hingga mencetuskan perebutan. Pada masa sama, Farisa berdepan konflik kedudukan Burn sebagai eksekutif muda di syarikat ayahnya, hingga menyukarkan hubungan mereka.

“Konflik cinta tiga segi inilah yang mewarnai filem Aku Bukan Tomboy hingga menuntut satu pengorbanan,” jelas Yusof.

Sementara itu, pelakon filem ini akan memeriahkan Karnival Gegaria Harian Metro di Temerloh, Pahang, jam 3 petang esok. Majlis previu filem ini pula diadakan di GSC, Mid Valley, Isnin ini.

Syamsul kini sibuk dengan kerja akhir filem Bohsia: Jalan Kembali di Bangkok, Thailand. Mengikut jadual asal, Syamsul berada di sana sehingga akhir bulan ini tetapi memutuskan balik awal pada Khamis lalu disebabkan banjir besar yang melanda Thailand.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.

Read the original:
Dedah gelagat pengkid,‘tomboy’

Related Posts with Thumbnails
Voted by:
sebokmama










pelaburan silver

No Responses to “Dedah gelagat pengkid,‘tomboy’” Leave a reply ›

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>