Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,
DALAM keadaan kesihatan tidak menentu, penyanyi popular era 70-an, Abd Latif Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim masih gigih menjayakan persembahan pentas dan juga rancangan hiburan televisyen.
Terbaru, penyanyi berusia 60 tahun ini baru saja menjayakan rancangan Inilah... sebuah program muzikal menampilkan artis popular 70-an hingga 90-an walaupun dalam waktu sama baru saja keluar dari hospital bagi mendapatkan rawatan untuk tekanan darah rendah.
Rancangan Inilah... disiarkan di RTM 1, setiap Selasa bermula hari ini 4 Oktober diterbitkan ZGB Media Sdn Bhd.
Ternyata kecintaan dan semangatnya dalam dunia nyanyian mengatasi segala-galanya. Ditemui di majlis pelancaran rancangan itu yang diadakan baru-baru ini, Latif berkata, dia seperti memperoleh kekuatan apabila dapat menyanyi
di hadapan khalayak.
“Saya pernah menjalani pembedahan jantung sekitar 1994. Alhamdulillah, setakat ini ke–adaan jantung stabil. Begitupun, saya harus menjalani pembedahan bagi memasukkan bateri di jantung dan ia memerlukan kos tinggi sekitar RM120,000,” katanya.
Menjelaskan lebih lanjut, walaupun ada yang mahu membantu bagi membolehkan dirinya menjalani pembedahan terbabit, namun dia menolak dengan berkata, setakat ini dia dan ahli keluarga lain masih boleh berusaha mendapatkan wang kos pembiayaan pembedahan diperlukan.
“Setakat ini, tawaran untuk mengadakan persembahan tidak pernah putus. Malah, sepanjang saya dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan tekanan darah rendah itu, hampir 15 tawaran terpaksa ditolak.
“Bagaimanapun, sebaik sihat saya terus menjayakan beberapa persembahan sehinggakan sampaikan ke Batu Gajah, Perak. Memang dalam perjalanan saya berasa penat, tetapi sebaik muncul di atas pentas keadaannya lain. Saya seperti memperoleh semangat dan dapat menyanyi dengan baik.
“Soal sakit langsung tidak timbul. Malah, kepenatan pun tidak terasa. Jiwa terasa kuat. Perkara seperti ini turut pernah saya lihat berlaku kepada Allahyarham Normadiah. Pernah sekali, sewaktu kami berpeluang mengadakan persembahan bersama-sama, dia mengadu tidak sedap badan dan lenguh-lenguh tetapi sebaik beraksi di atas pentas, dia menyanyi dengan baik seperti tidak ada apa-apa berlaku,” katanya.
Bercerita lanjut mengenai kerjaya seninya, kata Latif yang sebelum ini turut terbabit dalam pementasan muzikal Terima Kasih Cinta (TKC) dia kini dalam perbincangan untuk menghasil�kan bingkisan album terbaru.
“Segalanya masih dalam perbincangan. Sebenarnya, kenalan yang rapat sering memanggil menyanyi yakni Kapten Gusar Mohd bercadang untuk menghasilkan album terbabit.
“Sekiranya apa yang dirancang menjadi, kemungkinan besar saya akan mendendangkan kembali beberapa lagu yang pernah saya popularkan sebelum ini termasuk yang pernah dipopularkan mendiang Broery Marantika.
“Kalau adapun lagu baru yang saya nyanyikan hanya satu atau dua akan dimuatkan dalam album terbabit. Saya rasa sayang kalau lagu yang pernah saya popularkan itu tidak disertakan dalam album dihasilkan kerana kebanyakannya adalah lagu bermutu dan malar segar. Sehinggakan ada antaranya sering dinyanyikan anak-anak muda sekarang.
“Selain itu, kebanyakan lagu yang saya dendangkan itu adalah hasil ciptaan Datuk Dr Ahmad Nawab. Seperti yang umum ketahui lagu sentuhan Ahmad Nawab memang sedap dari sudut melodi mahupun lirik,” katanya.
Tambahnya lagi, memang ada antara lagu yang pernah dipopularkannya didendangkan kembali oleh artis tempatan lain seperti penyanyi Bagio dan Ibnor Riza sebelum ini. Namun, katanya, jiwa pada lagu itu tidak sama.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters featured article: A 'Malign Intellectual Subculture' - George Monbiot Smears Chomsky, Herman, Peterson, Pilger And Media Lens.
View post:
Dari hospital ke pentas
- Category: Panas












No Responses to “Dari hospital ke pentas” Leave a reply ›