Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,
PENONTON pada masa kini semakin menyukai program televisyen yang bercorak ‘game show’ kerana tidak dinafikan rancangan seperti itu mampu menghiburkan penonton apatah lagi jika ia ditonton seisi keluarga. Walaupun hanya sebuah rancangan yang sederhana tanpa menyelitkan banyak unsur aksi namun gelagat peserta cukup mencuit hati.
Antara ‘game show’ yang diminati penonton adalah Wipeout, Amazing Race, Who Wants To Be A Millionaire dan tidak kurang juga ‘game show’ tempatan seperti Anda Ada 60 Saat, Jangan Lupa lirik dan Roda Impian. Masing-masing mempunyai keistimewaan sehingga mencatatkan ‘rating’ yang tinggi kerana kebanyakan ‘game show’ yang dipertontonkan bukan hanya menguji kekuatan fizikal tetapi juga menguji daya kreativiti peserta bagi memenangi permainan itu.
Satu program televisyen baru bercorak ‘game show’ akan menemui peminat bermula tahun hadapan. Dengan rancangan realiti menerajui bidang hiburan, tidak hairanlah, jika The Biggest Game Show In The World bakal mencatat ‘rating’ yang tinggi.
Rakaman rancangan ini dijalankan awal November ini di studio yang berkeluasan 3,000 kaki persegi yang dibina di Bukit Kiara Skate Park, digunakan sebagai tapak untuk permainan diadakan. Pelbagai cabaran yang perlu dilalui peserta untuk memenangi ‘game show’ ini antaranya adalah Human Ocean, Noughts & Crosses dan Head Spinner.
Istimewanya program ini, ia membabitkan empat buah negara iaitu Vietnam, Thailand, Indonesia dan Filipina. Mereka akan bersaing untuk memenangi pertandingan itu dan seterusnya membawa pulang hadiah yang ditawarkan.
Menurut pengasas kepada permainan ini, Yves Launoy, ‘game show’ ini akan menyambut ulang tahun ke-50 pada tahun hadapan.
Pelopor permainan berbentuk hiburan ini lebih dulu menarik perhatian sebelum Wipeout.
“Permainan ini mula ditayang�kan di Perancis dan formatnya disiarkan di lebih 20 negara antaranya Jerman, United Kingdom, Romania, Portugal, China, Russia dan Ukraine.
“Setelah kejayaan selama 50 tahun di Eropah dan 10 tahun di China, saya sangat teruja kerana akhirnya ia sampai di sini.
“Sejak dulu lagi ia menjadi impian saya untuk membawa permainan ini di Malaysia dan akhirnya ia tercapai,” katanya dalam satu sidang media.
Malaysia dipilih sebagai hab produksi serantau kerana negara ini mempunyai tahap kemahiran yang tinggi bagi menyediakan tapak permainan yang agak rumit tambahan pula ia adalah rancangan televisyen yang terbesar pernah diadakan di Asia.
Pelbagai halangan yang harus dilalui peserta untuk memenangi pertandingan ini.
Antara cabaran yang harus dilepasi adalah Human Ocean, Head Spinner dan Race With Bicycle. Ia terdiri daripada permainan darat dan air dengan pakaian yang amat melucukan.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.
Link:
Cabaran air, darat












No Responses to “Cabaran air, darat” Leave a reply ›