Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,
“TUGAS utama sentiasa memastikan pengarah berpuashati. Kedua, pencahayaan dan sudut pertarungan memang mesti menarik kerana tidak aksi pergaduhan akan menjadi ‘hambar’.
“Jadi, kami menggunakan ‘single camera’ dengan satu kamera ‘full frame’ DSLR untuk merakam aksi pertarungan memaparkan pergerakan fizikal yang cepat.
“Saya tidak suka membandingkan mana lebih sukar menjadi pengarah fotografi drama atau filem kerana setiap satu ada cabaran tersendiri dan berbeza. Semuanya banyak bergantung apa mahu disampaikan.
“Ada masanya, idea lokasi penggambaran tidak dijangka dan hadir tiba-tiba, jadi kami terus gunakan dan memberikan kesan yang membuatkan babak menarik. Saya lebih suka masalah di lokasi penggambaran diselesaikan serta-merta. Ini kerana dalam proses ‘editing’ di studio menjadi lebih sukar jika terlepas apa dimahukan di lokasi.
“Jadi, selepas setiap babak, saya dan Bob akan menilai semula, melihat mana-mana kekurangan dan jika beliau tidak berpuashati, kami akan melakonkan semula babak berkenaan hingga menjadi sempurna.
“Babak di tepi sungai Klang ini antara paling mencabar kerana kumpulan anggota gangster yang ramai dengan pelbagai karakter dan saya tidak dapat menjangka apa aksi fizikal ditonjolkan sewaktu bergaduh.
“Filem Taikun menjadi cabaran baru memandangkan tidak pernah merakam pergerakan pergaduhan dalam mana-mana pengarah drama
atau filem saya pernah bekerjasama. Terima kasih kepada Bob dan MIG kerana memberi kepercayaan kepada saya dan saya sendiri berasa mahu menberikan gambaran terbaik demi kepuasan semua orang,” katanya.
Khairul, berasal dari Bagan Serai, Perak sebelum ini banyak terlibat dalam pengarahan drama seperti Jangan Pandang Belakang The Series, Adnan Sempit The Series dan beberapa lain.
PENGARAH FOTOGRAFI, Khairul Nizam Abd Manan
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.
Read this article:
BORAK LOKASI: Selesai masalah di lokasi
- Category: Media
- Tags:bimbingan, blue, facebook, kongsi-artikel, metro, rap, sakit-puan, sertai-komuniti-mymetro, versi-mobile, video












No Responses to “BORAK LOKASI: Selesai masalah di lokasi” Leave a reply ›