Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,
RAMAI biasa mendengar tetapi jarang dapat melihat lebih dekat kelibat seseorang artis atau penyampai stesen radio popular turun padang.
Untuk julung kalinya, pendengar radio di Pantai Timur bakal disajikan persembahan pelbagai artis dan program menarik Hot FM Big Jam 2012 di Kuala Terengganu pada 10 Mac depan.
Program sehari bermula jam 2 petang hingga lewat malam ini akan diadakan di Dataran Syahbandar menandakan kembalinya semula acara popular itu semula selepas Hot FM Big Jam yang tidak dianjurkan tahun lalu.
Acara kali ini menjanjikan kelainan terutamanya kehadiran artis baru serta berpengalaman dan siaran langsung konsert selama dua jam menerusi TV9.
Artis bakal menyerikan Big Jam kali ini adalah Hafiz AF, Alyah, Sofaz, Ally AXL’s, Zamani Slam, Amir Ukays, XPDC, Black, Ella dan kumpulan Indonesia, Nidji.
Pengurus Besar Rangkaian Program Radio Media Prima Berhad, Anida Mohd Tahrim berkata, Hot FM Big Jam kali kelima ini menggabungkan muka baru dan lama yang masih mendapat tempat di hati peminat.
“Barisan penyampai Hot FM seperti Fara Fauzana, Faizal Ismail dan ramai lagi bakal memeriahkan pelbagai program disusun. Ini peluang terbaik pendengar menyaksikan persembahan hebat artis kesukaan mereka,” katanya pada majlis pelancaran Hot FM Big Jam di Borneo Baruk Club, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, Isnin lalu.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Prima Berhad, Seelan Paul dan Pengurus Besar TV9, Sherina Nordin.
Sebelum ini, Hot FM Big Jam diadakan di Dataran Shah Alam pada 2007, Dataran Petaling Jaya (2008), Danga Bay, Johor Bahru (2009) dan Pulau Pinang pada 2010.
Pantai Timur adalah destinasi baru dan acara ini selari dengan usaha mempromosi Hot FM T’Ganu dan Hot FM Klate yang baru dilancarkan awal tahun ini.
Kata Anida, Hot FM Big Jam menyenaraikan dua konsert petang pada jam 4.30 hingga 6.30 petang sebelum konsert kedua menampilkan Ella, Black, XPDC dan Spider bermula jam 8.45 malam.
“Untuk julung kali juga, peminat di tempat lain dapat menyaksikan acara disiarkan ‘live’ selama dua jam pada sebelah malam.
“Kolaborasi Hot FM bersama rakan penyiar TV9 bermula jam 9.30 hingga 11.30 malam membolehkan peminat menyaksikan konsert terbabit secara terus menerus. Bukan itu, saja promosi pelbagai program, jualan barangan eksklusif dan aktiviti semasa turut diadakan,” katanya.
Mengenai artis, Anida berkata: “Kali ini juga Hot FM mempersembahkan satu lagi kumpulan Indonesia, Nidji dan sebelum ini acara pernah diserikan dengan kehadiran Sheila On 7 dan Ungu.
“Malah, ratu rock Ella juga turut berada pada konsert Big Jam ini untuk kali kedua. Semua ini juga dapat diikuti menerusi frekuensi seluruh negara pada jam 4.30 petang hingga 6.30 petang dan 9.30 malam.
Bercakap mengenai penganjuran Hot FM Big Jam kali kelima dalam tempoh enam tahun, Seelan berkata: “Sukar menggambarkan perasaan kami sepanjang enam tahun beroperasi dalam bidang penyiaran radio tempatan. Kami ambil setiap komen membina untuk memenuhi cita rasa pelbagai lapisan pendengar dan terus relevan di telinga mereka. Big Jam di Dataran Syahbandar adalah rasa penghargaan kami terhadap pendengar yang menghangatkan industri muzik Malaysia.”
Sherina pula berkata, kolaborasi hangat bersama Hot FM menyiarkan konsert Big Jam secara terus membolehkan lebih ramai peminat mengikuti konsert dengan lebih dekat.
“Selepas Hangatnya Raya di Hatiku dan program Kaki Bola, kali ini Big Jam dapat diikuti menerusi siaran secara ‘live’ di TV9,” katanya.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.
See more here:
Big Jam ke timur
- Category: Media
- Tags:arkib-seminggu, blue, facebook, harian-metro, kongsi-artikel, metro, news, rap, sertai-komuniti-mymetro












No Responses to “Big Jam ke timur” Leave a reply ›