Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,
RAMAI orang memilih tarikh keramat 11.11.11 sebagai hari bertunang atau mendirikan masjid. Tidak ketinggalan satu lagi tarikh yang dianggap 'cantik' iaitu 20.11.2011 apabila ia menjadi pilihan penyanyi, pelakon dan pengacara Azline Ariffin atau Ezlynn, 30, dan Adam Fahmy Shamsudin, 35.
Mereka selamat diijabkabulkan pada petang Ahad lalu di Roof Top, Sime Darby Convertion Center, Bukit Kiara, Damansara, Kuala Lumpur.
Menariknya, hanya selepas tiga jam bertunang, pasangan itu sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz.
Melangsungkan pertunangan pada jam 3 petang, majlis pernikahan mereka pula diteruskan kira-kira jam 6 petang. Ia nyata satu majlis yang unik dan cukup bersejarah buat pasangan itu.
Selepas pernah digosipkan dengan rakan artis dulu, penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye itu akhirnya memilih Adam yang juga pengurus peribadinya sebagai pasangan hidup. Ezylnn akui terpikat dengan kejujuran Adam yang me�nyerlah sepanjang perkenalan mahupun percintaan mereka.
Memilih konsep ‘Japanese Romance’ untuk majlis pertunangan, acara yang diadakan itu dihiasi dengan bunga sakura yang cukup sinonim dengan Jepun.
Manakala konsep klasik kontemporari diterapkan ketika majlis pernikahan, menggabungkan unsur-unsur Melayu, membangkitkan suasana yang santai dan tenang ditambah keadaan dewan yang dihiasi dengan rona lembut.
Ezlynn anggun menyarung�kan busana berwarna emas ketika majlis pertunangan itu tersenyum manis kerana beberapa jam selepas itu dia dinikahkan pula.
Dia mengenakan busana merah jambu cair sepadan dengan Adam yang memakai baju Melayu putih bersamping songket.
Ternyata persalinan pengantin baru itu sesuai dengan hiasan dewan yang dipenuhi dengan bunga sakura.
Tidak perlu tetamu yang ramai untuk memeriahkan majlis, jemputan seramai 70 orang itu pun sudah cukup membuatkan majlis pernikahan mereka sungguh bermakna apatah lagi hadirin yang sama-sama menyambut hari gembira Ezlynn dan Adam terdiri daripada ahli keluarga dan rakan terdekat.
Pernikahan disempurnakan bapa Ezlynn, Ariffin Alang membuatkan Adam agak gementar ketika menggenggam tangan bakal mentuanya yang bertindak selaku jurunikah.
Tambahan lagi ia disaksikan bakal suri hidupnya yang bersimpuh tidak jauh dari situ. Majlis akad nikah itu juga disaksikan ustaz Muhammad Ridwan Mohd Yunus dari Masjid Sungai Penchala.
Bagaimanapun, suasana itu tidak mengganggu fokus Adam yang sah menjadi suami Ezlynn dengan hanya sekali lafaz.
Menadah tangan penuh kesyukuran, hadirin turut sama mendoakan agar masjid yang dibina dua insan seni itu akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran antaranya al-Quran, tas tangan dan kasut serta wang hantaran RM20,020.20 dan mas kahwin RM80 manakala pihak perempuan membalas dengan tujuh dulang berupa al-Quran, kemeja dan kafling, set baju sukan, sepasang kasut dan kaca mata.
Memilih untuk mengadakan majlis resepsi pada 20 Januari depan, pasangan itu akan berbulan madu di negara Eropah kemungkinan besar di Perancis dan akan meluangkan masa berbasikal bersama memandangkan itu minat mereka.
Ezlynn yang bakal muncul dengan single terbaru, Dusta akui hanya akan memperlahankan perjalanan seninya selepas mereka mendapat cahaya mata.
Pakaian pengantin yang ditaja Oscar Jeprey dari Butik Lagenda Creations dan solekan Nurol Shukor manakala aksesori ditaja oleh Rafflesia The Pearl Centre menaikkan keanggunan Ezlynn. Sentuhan CheDet untuk rekaan pelamin juga menaikkan lagi seri pasangan mempelai yang masih malu-malu.
Sudah saling mengenali selama enam tahun sehingga disatukan menjadi suami isteri, sifat jujur Adam membuka pintu hati Ezlynn.
“Tempoh itu sudah cukup lama untuk Adam betul-betul mengenali saya yang degil ini tetapi dia tetap sabar melayan segala kerenah saya. Masing-masing kami mempunyai kelemahan yang tersendiri tetapi saya berasakan kami saling melengkapi antara satu sama lain.
“Keluarga tidak terkejut dengan pilihan saya kerana mereka memang menyukai Adam dan ibu menyuarakan hasrat untuk menjadikan dia menantu.
“Mungkin ramai yang hairan mengapa saya hanya menjemput 70 orang untuk berkongsi hari gembira ini, bukan tidak mahu menjemput rakan-rakan lain tapi sekiranya jemputan terlalu ramai, kami tidak akan dapat melayan mereka,” kata Ezlynn yang ditemui selepas upacara akad nikah.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.
Go here to see the original:
Bertunang cuma tiga jam
- Category: Media
- Tags:arkib-seminggu, blue, chrome, facebook, harian-metro, romance, sertai-komuniti-mymetro, versi-mobile












No Responses to “Bertunang cuma tiga jam” Leave a reply ›