Skip to Content

Bermain golf bersama selebriti

Submitted by on October 29, 2011

Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,

ACARA Golf Untuk Kebajikan Bersama Selebriti dianjurkan bukan saja untuk menyemarakkan lagi penganjuran Festival Filem Malaysia ke 24 (FFM24), sebaliknya bersama-sama meningkatkan kesedaran orang ramai membabitkan anugerah berprestij bagi mengangkat martabat penggiat seni tanah air, saban tahun.

Lebih bermakna, acara ini dijayakan 20 selebriti popular tanah air iaitu Fauziah Latiff, Amber Chia, Betty Banafe, Ning Baizura, Farahdhiya, Sheera Iskandar, Harith Iskandar, Nancie Foo, Datuk Yasmin Yusof, Rahim Jailani, Ahmad Tarmimi Siregar, Carine Lee, Zoe Tan, Cassandra Patrick dan Abu Bakar Juah.

Tidak ketinggalan, acara ini menampilkan Pengerusi FFM24, Harun Salim Bachik, Datuk Andre Goh dan Datuk Yasmin Yusof untuk sama-sama memeriahkannya. Acara menarik ini dianjurkan Produksi Seni Duapuluh-Duapuluh Sdn Bhd dan pengelola Bersama Kaki Golf.

Pengelola FFM24 Golf Bersama Selebriti, Wani Wendy Wong Abdullah atau lebih dikenali sebagai Wendy Wong berkata, selain mewujudkan kesedaran orang ramai mengenai FFM24, acara itu juga diadakan bagi membantu golongan anak seni tempatan yang tidak mampu menyara kehidupan mereka pada hari tua kelak.


“Seperti yang kita ketahui, jangka hayat seseorang artis dalam industri hiburan ini adalah pendek. Apabila seseorang artis mencecah kepada usia warga emas, peluang berlakon berkurangan kerana ia diambil alih artis muda pula.


“Golongan artis veteran kita perlu bantuan kewangan meneruskan kehidupan mereka apabila tidak lagi aktif berlakon kerana faktor usia.

“Acara ini juga dianjurkan bagi mengutip dana membantu golongan kurang bernasib baik. Dana itu juga disalurkan kepada Persatuan Kebajikan Penghibur-Penghibur India Malaysia dan The National Autism Society Of Malaysia,” katanya.

Majlis sidang akhbar FFM24 Golf Untuk Kebajikan Bersama Selebriti diadakan di Tropicana Golf & Country Resort, Selasa lalu. Hadir sama, Pengerusi Gafim, Jurey Latif Rosli; Penasihat 2 FFM24, Datuk M Daud Wahid dan Presiden Nasom, Datuk Danny Tan.

Selain itu, Penasihat Acara Golf, Datin Roselyn Lee; Pengurus Besar, Tropicana Golf & Country Resort, Harmen Tan; Pengelola Bersama, Nancie Foo; Pengerusi Jawatankuasa Malam Anugerah, Yusof Kelana dan Pengerusi Jawatankuasa Perasmian, Khir Mohd Noor.

Kata Wendy, Golf Untuk Kebajikan Bersama Selebriti ini menawarkan hadiah lumayan kepada peserta yang mengambil bahagian. Setiap peserta berpeluang mendapat ‘goodie bag’ bernilai RM3,000 membabitkan pakej bernilai RM2,000 iaitu penginapan satu malam di Bali, dua malam di Genting dan tiga malam di China.
Selain itu, baucer tunai membabitkan perhiasan Amee Phillips bernilai RM500 yang boleh ditebus di Lot 10.

“Acara ini membabitkan dua kategori yang dipertandingkan iaitu Trofi FFM24 dan Trofi selebriti. Pemenang acara ini berpeluang memenangi tiket penerbangan ke Dubai dengan Emirates Airline, perhiasan Amee Phillps bernilai RM3000, baucar VL Skincare bernilai RM500, Fusion Excell Quantum Pendant Bracelet, peralatan golf Carlyne dan hamper dari Marigold.

“Selain itu, pemenang akan mendapat langganan percuma selama setahun majalah Golf Malaysia Magazine, 10 baucar buffet daripada Tropicana Golf & Country Resort. Hadiah paling menarik menanti pemenang ialah Hole In One, rekaaan terbaru Audi A1 bernilai RM180,000,” katanya.

Golf Untuk Kebajikan Bersama Selebriti ini akan berlangsung pada 10 November ini, jam 7 pagi di Tropicana Golf & Country Resort.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.

Follow this link:
Bermain golf bersama selebriti

Related Posts with Thumbnails
Voted by:
sebokmama










pelaburan silver

No Responses to “Bermain golf bersama selebriti” Leave a reply ›

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>