Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,
PASTINYA kita akan mendengar lagu Krismas diputarkan setiap kali kita berkunjung ke mana-mana pusat beli-belah di ibu kota.
Ia juga dipenuhi dengan hiasan seperti pokok Krismas, topi Santa Claus dan ada juga yang meletakkan kenderaan yang dinaiki Santa Claus ketika memberikan hadiah kepada kanak-kanak yang mempunyai sifat baik.
Sambutan Krismas pada tahun ini akan menjadi lebih hangat daripada biasa bagi kanak-kanak di Santuary Care Centre, Rumah Sayangan, Precious Childrens Home dan Rainbow Home terutama yang menyambut perayaan ini apabila Fly Fm berganding bahu dengan Fahrenheit 88 untuk menyebarkan kasih sayang dan kegembiraan menerusi program Fly Fm Wishing Tree.
Bermula pada 5 sehingga 23 Disember, pendengar Fly Fm dan orang ramai dijemput untuk menderma hadiah kepada kanak-kanak di empat rumah kebajikan terpilih.
Fly Fm Wishing Tree yang ditempatkan di aras bawah atrium Fahrenheit 88 tergantung beberapa kad mini, setiap satu tertulis nama, umur dan jantina kanak-kanak.
Orang ramai yang ingin menderma hanya perlu memilih kad dan lekatkan pada hadiah yang ingin mereka berikan untuk kanak-kanak berkenaan.
Sekiranya tidak berkesempatan untuk ke Farenheit 88, orang ramai boleh menghantar hadiah berkenaan kepada Fly FM Trooperz kerana mereka akan membantu untuk me–nyampaikan hadiah kepada mana-mana kanak-kanak.
Sesi penyampaian hadiah bakal diadakan pada 24 Disember ini di Fahrenheit 88. Aktiviti itu akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu istimewa, Kyle Patrick dari kumpulan The Click Five yang popular dari Amerika Syarikat.
Selain ketaksuban Kyle terhadap lagu, dia juga banyak membabitkan diri dalam aktiviti amal. Bekerjasama dengan MTV Exit, Kyle pernah mengadakan konsert amal bagi menyemai kesedaran dan membantu mencegah jenayah penyeludupan manusia di Eropah dan Asia.
Menjelang Krismas, Kyle akan meluangkan masa me–nyokong Fly Fm Wishing Tree dengan menghadiahkan satu persembahan akustik untuk menghiburkan kanak-kanak yang hadir.
Menerusi kerjasama dengan Fahrenheit 88, Pengurus Besar Program, Rangkaian Radio Media Prima, Anida Tahrim berkata, aktiviti itu diadakan sebagai tanda mereka mengingati insan yang kurang bernasib baik kerana semua orang layak untuk merayakan Krismas walaupun tidak mengetahui ia diraikan dengan siapa.
“Krismas tahun ini adalah satu penghormatan bagi kami apabila dapat bekerjasama dengan Fahrenheit 88 untuk memberikan insan kurang bernasib baik ini sedikit kebahagiaan.
Kami berharap semua kanak-kanak dari empat rumah kebajikan ini akan gembira untuk meraikan Krismas tahun ini, apatah lagi dengan kehadiran Kyle Patrick yang akan menghiburkan mereka.
Melihat mereka tersenyum ketika Krismas sudah cukup menggembirakan kami kerana kami ingin mereka tahu masih ada insan yang mengingati dan menyayangi mereka,” katanya yang ditemui selepas acara tamat.
Tahun lalu, Fly FM mengadakan aktiviti sedemikian dengan usaha mereka sendiri namun melihat pada sambutan pendengar, mereka bercadang untuk membesarkan skala aktiviti itu dengan mencari penaja.
Walaupun berhadapan dengan cabaran aktiviti itu tidak mendapat sambutan yang menggalakkan, namun pihak Fly FM percaya ada ramai orang di luar sana yang cukup baik hati untuk memberikan hadiah kepada kanak-kanak itu.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.
View original post here:
Bantu rumah kebajikan
- Category: Media
- Tags:arena, bantu-rumah-kebajikan, fahrenheit, firefox, kongsi-artikel, krismas, metro, sakit-puan, video












No Responses to “Bantu rumah kebajikan” Leave a reply ›