Cerita Artis Selebriti hari ini,
Hip
Pop Shuvit terbang ke Texas jayakan festival muzik terbesar
BUKAN saja pernah melakar sejarah apabila menjadi kumpulan rock pertama negara ini yang berjaya menembusi pasaran muzik di Jepun, bahkan kumpulan ini turut merantau ke beberapa negara asing lain, antaranya Filipina, bertujuan meluaskan lagi pengaruh serta empayar muzik mereka.
Lagu mereka seperti Marabahaya, walaupun dipersembahkan dalam bahasa Melayu, diakui turut mendapat perhatian peminat di negara luar.
Tidak pernah meninggi diri dengan pencapaian yang diperoleh, sebaliknya kumpulan yang dianggotai oleh Muralidharan Marimuthu atau Moots selaku penyanyi utama, Rudy Malik (Rudy/dram), Nazrin Datuk Nasir (AJ/gitar bes), Jedidiah Wong (JD/gitar) dan Syazleey Zalsyam Zakaria (DJ Uno/turntables) terus mengerah idea serta menyumbang karya mereka bagi memartabatkan industri muzik tempatan di mata dunia.
Jika tiada aral yang melintang, Pop Shuvit akan terbang pula ke Amerika Syarikat (AS) pada Mac tahun depan, bagi menjayakan festival South by Southwest (SXSW) di Austin, Texas. Acara terbabit dikatakan antara festival muzik terbesar di dunia.
Setelah dua tahun berturut-turut menolak tawaran itu, menurut wakil kumpulan, DJ Uno, akhirnya mereka menerima undangan berkenaan kerana Pop Shuvit sememangnya ternanti-nanti untuk mempromosikan muzik mereka di sana.
“Disebabkan masalah jadual dan kekurangan bajet, kami terpaksa menolak tawaran itu dulu, dan tawaran kali ketiga ini kami terima kerana kami sendiri sudah lama menunggu untuk ke sana, dan kami berharap sangat perjalanan kami untuk ke sana berjalan dengan lancar.
"SXSW ialah antara persidangan muzik yang terbesar di dunia, dan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara ini sememangnya tidak mahu kami lepaskan,” katanya yang ditemui sejurus membuat persembahan pada Festival Rockaway di Stadium Bukit Jalil, baru-baru ini.
Pada festival terbabit, mereka sekali lagi mempamerkan aksi bertenaga dan setaraf dengan persembahan kumpulan antarabangsa apabila kumpulan ini menghiburkan penonton dengan empat lagu popular mereka.
Berjaya menaikkan adrenalin penonton dengan aksi hebat yang dipamerkan di atas pentas, Pop Shuvit memulakan persembahan dengan gandingan bersama Man Bai, menerusi lagu Seperti Syurgamu, disusuli dengan lagu Mantera, Marabahaya dan No Sleep For The Wicked.
Bukan saja mencuri perhatian peminat menerusi paduan suara bersama penyanyi senior yang popular dengan lagu Kau Ilhamku itu, mereka turut menggegarkan pentas Rockaway 2011 dengan kehadiran rakan mereka yang digelar sebagai Projek E.A.R.
Mungkin kedengaran agak asing bagi sesetengah peminat, namun menurut DJ Uno dan AJ, Projek E.A.R. ditubuhkan sejak 2008. Projek muzik ini menggabungkan bakat terbaik di Asia Tenggara, iaitu dari Filipina, Thailand, Indonesia, Singapura dan Malaysia, yang bertujuan untuk membawa muzik rantau ini ke pasaran antarabangsa. Projek serumpun ini turut disertai artis hip hop terkenal, Joe Flizzow.
Moots, Vanessa Chong berkahwin
LEBIH menarik, pada malam itu, Pop Shuvit bersama Projek E.A.R mempersembahkan buat julung kalinya single terbaru mereka, No Sleep for the Wicked, yang baru siap dirakam dua minggu sebelum itu melalui Internet.
Mereka hanya mempunyai masa sehari untuk berlatih sebelum tibanya Rockaway 2011. Tidak dinafikan, hasilnya cukup berbaloi apabila mendapat reaksi dan sorakan yang gemuruh daripada penonton, tambah lagi dengan reaksi selamba DJ Uno ke tengah khalayak ramai.
Berkongsi perasaan mereka, ujar DJ Uno lagi: “Kami gembira dapat berkongsi pentas bersama kumpulan rock antarabangsa dan tempatan, apatah lagi kesemua yang terbabit bukanlah calang-calang nama. Kesemuanya mempunyai daya penarik tersendiri.
“Satu usaha yang patut diberi pujian kepada pihak penganjur, iaitu One Buck Short dan kawan-kawan, kerana mereka tidak mengutamakan kumpulan antarabangsa mahupun mengetepikan kumpulan tempatan dengan meletakkan kami di dalam susunan yang adil. Kumpulan antarabangsa seperti Story Of The Year, All Time Low dan The Used diselang-selikan dengan kumpulan tempatan, dan itu yang membuatkan konsert ini menyeronokkan."
Paling baru, Pop Shuvit kini sibuk dengan rangka promosi album dwibahasa mereka berjudul Cherry Blossom Love Affair, di mana mana hanya 1,000 keping CD edisi terhad dikeluarkan untuk cetakan pertama.
Kemunculan CD terbabit secara tidak langsung membuktikan sememangnya Pop Shuvit tidak pernah kering daripada menghasilkan karya yang kreatif dan berkualiti, selama lebih 10 tahun bertapak dalam industri muzik.
Di sebalik sisi kerjaya seni mereka, terserlah kegembiraan pada wajah DJ Uno dan AJ apabila memberitahu, mereka akan bercuti selama seminggu untuk meraikan perkahwinan Moots dengan pengacara jelita, Vanessa Chong.
Moots dan Vanessa disatukan sehari selepas Festival Rockaway 2011. Selepas itu, mereka semua akan ke Bali untuk meraikan majlis perkahwinan pasangan berkenaan di sana.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters featured article: A 'Malign Intellectual Subculture' - George Monbiot Smears Chomsky, Herman, Peterson, Pilger And Media Lens.
Read this article:
Bakal takluk AS
- Category: Berita
- Tags:1klassifieds, berita-harian, digital, ekonomi, firefox, malaysia, mobile, nasional, opera, pendidikan, sastera












No Responses to “Bakal takluk AS” Leave a reply ›