Skip to Content

Astro bukukan Rasa Halal

Submitted by on December 9, 2011

Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,

PROGRAM Rasa Halal yang menampilkan Farah Diana Anuar sebagai pengacara adalah satu-satunya rancangan terbitan Astro Oasis yang bertahan sehingga lima tahun sejak stesen itu diperkenalkan pada 2007.

Tentunya pencapaian itu sesuatu yang sangat membanggakan hingga berminat untuk membukukan setiap menu diperoleh dari setiap negara yang dikunjungi.

Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, berkata, idea ini tercetus apabila setiap kali menyiarkan episod Rasa Halal dengan pelbagai jenis menu negara yang kunjungi seperti Taiwan, Hong Kong, Kemboja dan Vietnam, pihaknya mendapat maklum balas yang cukup positif daripada penonton.

“Malah kebanyakan mereka meminta menu yang dipaparkan untuk mencuba di rumah. Kenapa baru sekarang kami merancang menerbitkan buku, ini kerana kami melihat jenama Rasa Halal semakin kukuh dari musim ke musim sehingga menjadi sumber panduan kepada mereka yang ingin melancong.


“Tambahan pula orang Malaysia memang suka makanan yang sedap-sedap. Mungkin di belakang ada segelintir tidak kisah soal halal tak halal tetapi apabila bab makan, orang Muslim khususnya akan memilih restoran yang sesuai, halal dan tidak menimbulkan rasa was-was.


“Dalam memberi informasi yang lengkap dan padat, buku itu juga akan mencatatkan lokasi di mana terdapat masjid untuk pelancong beragama Islam khususnya menjalankan kewajipan mereka dan dalam masa sama makan angin,” katanya.

Izelan menambah, menghasilkan naskah yang menghiburkan juga turut dicatatkan lokasi menarik yang patut dikunjungi pelancong serta menitipkan latar belakang budaya dan keunikan sesebuah negara itu.

Biarpun penerbitan buku itu nampak mudah namun besar tanggungjawabnya buat penerbitan Astro Oasis kerana dalam setiap catatan harus tulus begitu juga apa yang dipaparkan mereka menerusi televisyen.

“Kami harus memastikan lokasi yang dikunjungi benar-benar menggunakan barangan halal. Ini kerana, kami tidak mahu laporan yang tidak telus menganiaya pelancong Muslin malah, saya sendiri tidak mahu tanggung dosa.

“Justeru, sebelum kami memulakan penggambaran, kami bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam di sana dalam memastikan restoran yang kami kunjungi mengambil bekalan makanan daripada pemborong yang dikenal pasti oleh pihak itu sebagai pengedar barangan halal yang sah.

“Ayam dan daging misalnya kami ambil tahu bagaimana cara penyembelihan dilakukan. Kami bukan saja masuk ke dapur untuk melihat sendiri cara penyediaan hidangan sesebuah masakan,” katanya.

Musim keenam Rasa Halal bertajuk, Rasa Halal Laos & Thailand disiarkan setiap Selasa, jam 7.30 malam, mulai 6 Disember. Ia membawa penonton mengembara ke pelbagai budaya, keunikan khazanah warisan seni masyarakat tempatan, tinggalan sejarah, destinasi pelancongan terbaik dan semestinya resipi tradisional halal.

Masih mengekalkan konsep yang sama seperti musim sebelumnya, apa yang menarik mengenai kedua-dua destinasi ini penonton dibawa meninjau pusat membeli belah, fesyen, tarian kebudayaan, adat istiadat, sukan, seni kraftangan, muzik dan tidak ketinggalan seni arkitek komuniti Islam.

Farah mengakui penjelajahan ke dua-dua negara itu memberi satu pengalaman yang luar biasa kerana makanan kedua-dua negara ini sangat sedap terutamanya Thailand.

“Di Thailand juga kita akan teruja melihat persembahan membabitkan haiwan. Saya dicium ikan lumba-lumba dan diangkat gajah dengan gadingnya ketika di Chiang Mai. Paling membuatkan saya sebak apabila melihat gajah pandai melukis dan menulis. Kalau nak tahu, papan di belakang saya yang tentera perkataan ‘Rasa Halal Thailand’ ini ditulis seekor gajah bernama Thongsa,” katanya.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.

Read the original:
Astro bukukan Rasa Halal

Related Posts with Thumbnails
Voted by:
sebokmama










pelaburan silver

No Responses to “Astro bukukan Rasa Halal” Leave a reply ›

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>