Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,
BERDIRINYA hari ini sebagai penyanyi bukan usaha sehari atau baru semalam menjejakkan kaki ke gelanggang seni hiburan, sebaliknya si empunya sudah lebih sedekad bertapak bekerja di balik tabir.
Percaya atau tidak, Alvin Anthons, anak muda berbangsa India yang kini popular menerusi lagu Berdua sentuhan komposer terkenal, Ajai pernah bekerja sebagai badut, pemain silap mata sebelum menceburi lapangan hiburan sebagai kru di syarikat audio dan pengurusan acara.
Selepas puas menongkah pengalaman sepanjang hampir 10 tahun, akhirnya jejaka yang mesra disapa Alvin ini berjaya memboloskan diri untuk memperkenalkan bakat nyanyiannya sebaik diundang Ajai bagi merakamkan lagu.
Bagai bulan jatuh ke riba, jejaka berusia 35 tahun kelahiran Kuala Lumpur ini tidak fikir panjang lantas menerima tawaran yang datang bagi memimpin dirinya ke fasa yang jauh lebih tinggi.
Kata Alvin yang begitu bijak menyusun kata, peluang menjadi penyanyi sudah lama diimpikannya, namun tidak pernah terfikir akhirnya hasratnya itu berjaya direalisasikan.
“Ada kalanya saya sendiri bagai tidak percaya dengan rezeki yang datang ini kerana sebelum ini terlalu banyak pengalaman dan kesukaran yang saya hadapi. Namun akhirnya angan-angan menjadi seorang penyanyi benar-benar tercapai dan saya juga bertuah kerana berpeluang bekerjasama dengan komposer popular yang punya profil hebat seperti Ajai.
“Apa yang penting sekarang adalah fokus dan komitmen. Saya perlu memberikan sepenuh usaha bagi mengukuhkan lagi nama sebagai seorang penyanyi kerana laluan sudah diberikan,” katanya yang fasih berbahasa Melayu.
Alvin tampil menerusi lagu Berdua yang mengangkat muzik berentak pop rock selari dengan kekuatan vokalnya. Sebelum merakamkan lagu itu lagi, Alvin terlebih dulu diberi latihan vokal dan penghayatan khusus oleh Ajai sendiri bagi mengukuhkan lagi teknik nyanyian. Berdua sudah pun menembusi corong radio dan selesa menyelinap ke dalam carta beberapa stesen radio.
Mengakui namanya masih baru dan janggal di kalangan peminat muzik tempatan, Alvin punya strategi dan percaturan tersendiri agar apa yang pernah diimpikan terlaksana jua.
“Jika melihat perjalanan saya sebagai penyanyi, saya memang masih baru dan jauh ketinggalan berbanding bakat lain yang digilap menerusi program realiti.
“Keistimewaan dan kelainan saya adalah bentuk melodi yang saya perjuangkan serta corak nyanyian berbeza berbanding kebanyakan penyanyi. Saya tidak mahu terlalu yakin, namun setidak-tidaknya saya tahu di mana kekuatan sendiri dan sentiasa peka pada kelemahan yang masih banyak untuk terus diperbaiki.
“Lagu Berdua adalah taruhan awal saya untuk memperkenalkan nama dan bakat kepada peminat. Setakat ini, saya seronok kerana pihak stesen radio dan media memberikan kerjasama yang baik pada saya. Malah, reaksi peminat dan pendengar juga begitu positif membuatkan saya lebih bersemangat untuk terus menghasilkan karya yang jauh lebih bermutu.
“Sekarang pun saya sibuk berbincang dengan syarikat pengurusan, Wake The Baby untuk menghasilkan single kedua pula yang akan menemui peminat selewat-lewatnya hujung bulan depan,” katanya.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters featured article: A 'Malign Intellectual Subculture' - George Monbiot Smears Chomsky, Herman, Peterson, Pilger And Media Lens.
Here is the original post:
Angan-angan tercapai
- Category: Media
- Tags:arena, arkib-seminggu, bimbingan, chrome, facebook, firefox, india, kongsi-artikel, news, sakit-puan, versi-mobile












No Responses to “Angan-angan tercapai” Leave a reply ›