Skip to Content

Adik tandingi kakak

Submitted by on October 13, 2011

Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,

KEMENANGAN yang diperoleh sememangnya sukar diduga namun peluang yang diberikan Harian Metro selaku Akhbar No 1 di Malaysia pastinya meninggalkan seribu satu pengalaman yang cukup menggembirakan.

Pemilihan Amy Nur Tinie sebagai Juara Pencarian Gadis Metro sempena Karnival Gegaria Harian Metro 2011 di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh, Perak, baru-baru ini amat mengejutkan buat gadis berusia 16 tahun ini kerana pada awalnya hanya menemani kakak untuk mencuba nasib dalam pertandingan itu.

Bagi Tinie, pengalaman pertama menyertai Pencarian Gadis Metro cukup menyeronokkan kerana secara tidak langsung memberi ruang kepadanya menimba pengalaman.

“Pengalaman membuat ‘catwalk’ di depan khalayak ramai selain mempelajari teknik menghilangkan perasaan gugup di atas pentas antara sesuatu yang tidak mungkin akan saya lupakan sampai bila-bila.


“Biarpun meminati bidang peragaan ia perlu dibataskan kerana saya masih bersekolah. Insya-Allah lepas habis sekolah nanti, saya akan cuba meneruskan bidang yang mencabar ini, malah ingin menjadi seorang pramugari,” katanya.


Kemenangan Tinie sekali gus mengalahkan 13 peserta dan berjaya membawa pulang wang tunai berserta barangan sumbangan penaja.

Sementara itu, pemenang kedua adalah kakak Tinie iaitu Amy Nur Tasya Abdul Aziz yang bekerja sebagai pendandan rambut dan juru mekap.

Tasya, 22, melahirkan rasa gembira dan bangga walaupun tewas di tangan adik sendiri.

Sungguhpun di tempat kedua, ia tetap menjadi salah satu platform kepada Tasya untuk mencuba nasib walaupun sebelum ini pernah bergiat secara sambilan dalam bidang peragaan dan busana pengantin.

“Soal menang atau kalah bukannya isu besar, tapi pengalaman yang diperoleh ini sukar dicapai di mana-mana kerana Harian Metro menampilkan satu kelainan yang berbeza pada setiap Karnival Gegaria.

“Saya tidak menyangka akan memenangi tempat kedua walaupun merasakan lebih ramai lagi calon dan peserta yang layak,” ujarnya.

Bagi pemenang ketiga, Nabila Abu Bakar, 16, dari Kuala Kangsar, Perak, pengalaman beraksi di pentas pada hari itu meninggalkan seribu satu pengalaman yang sangat bermakna.

“Sebelum ini saya hanya melihat laporan dalam akhbar selain di kaca TV. Saya gembira kerana tetap berjaya walaupun mengenakan fesyen busana Muslimah,” katanya.

Hadiah disampaikan Pengarang Hiburan Harian Metro, Roslen Fadzil manakala panel juri terdiri daripada wartawan Yanie Baharom dan Murshid Eunos.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters featured article: A 'Malign Intellectual Subculture' - George Monbiot Smears Chomsky, Herman, Peterson, Pilger And Media Lens.

See the original post:
Adik tandingi kakak

Related Posts with Thumbnails
Voted by:
sebokmama










pelaburan silver

No Responses to “Adik tandingi kakak” Leave a reply ›

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>