Skip to Content

41 filem rebut anugerah

Submitted by on November 1, 2011

Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,

DEBARAN menantikan acara Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) semakin memuncak apabila ia dijangka berlangsung pada 18 hingga 20 November ini.

Lebih sekadar platform artis melaram dan meraih glamor terima anugerah, acara tahunan ini sepatutnya diberi tumpuan lebih serius dalam mengangkat martabat industri perfileman tanah air.

Menerusi acara ini, penggiat seni termasuk masyarakat dapat melihat sejauh mana pencapaian filem tempatan sama ada ia boleh dibanggakan atau sebaliknya.

Untuk FFM24, kemeriahan awal dapat dirasakan apabila 41 filem bertanding termasuk lapan filem bukan bahasa Malaysia turut mencuba nasib. Mengikut jumlah ini, ia menunjukkan penyertaan filem bertanding semakin meluas dan mendapat perhatian ramai pihak produksi.


Pengerusi Promosi & Publisiti FFM24, Ahmad Ibrahim atau Mat London berkata, sepatutnya acara ini mendapat perhatian lebih banyak filem tempatan untuk bertanding dan ini secara tidak langsung mewujudkan suasana meriah yang diharapkan penganjur.


“Kami sendiri meletakkan matlamat untuk mencapai 50 filem masuk acara ini pada tahun depan. Walaupun kuantiti banyak, tetapi saya percaya masih ada filem yang mempunyai kualiti.

“Semua filem yang bertanding kali ini sudah ditayangkan. Buat masa ini persiapan rancak dijalankan dan sudah mencecah hingga 70 peratus,” katanya ketika ditemui pada acara Jelajah FFM24 di Johor Bharu, baru-baru ini.

Mat London berkata, mengenai perubahan tarikh malam kemuncak yang sepatutnya dijadualkan pada 19 November tidak memberi masalah pada penganjur, Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Dalam pada itu, ketiadaan Presiden Gafim, Jurey Latif Mohd Rosli turun padang pada acara Jelajah FFM24 di Johor Bharu menimbulkan tanda tanya mengenai pendirian badan persatuan itu terhadap acara anjuran sendiri.

Mat London menjelaskan, acara Jelajah FFM24 adalah inisiatif Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) dalam menyemarakkan FFM24. Kerajaan memberikan peruntukan RM1 juta untuk penganjuran FFM24.

Walaupun tiada peruntukan diberikan Gafim pada acara sampingan ini, FDAM tetap mencari jalan menerusi kerjasama dengan kerajaan negeri dan beberapa penaja untuk meneruskannya. Johor Bharu menjadi lokasi terakhir acara Jelajah FFM24 selepas Ipoh dan Pulau Pinang.

“Saya tidak kecewa dengan Gafim berhubung perkara ini kerana FDAM diberi kebebasan dalam menjalankan acara ini. Sepanjang 23 tahun FFM dianjurkan, ini kali pertama acara jelajah diadakan.

“Acara jelajah seperti ini bukan saja membawa artis bertemu peminat lebih dekat, tetapi turut mempromosikan filem yang bertanding. Menerusi tiga lokasi yang dijalankan, sambutan yang diterima cukup meriah.

“Di sebalik acara ini, saya berharap setiap kali penganjuran ia memberi pengajaran pada penganjur memperbaiki pada masa akan datang.

“Menariknya, lokasi Iskandar Malaysia (Koridor Pembangunan Johor) sudah menyatakan minat untuk bekerjasama menganjurkan festival ini pada 2013.

“Saya sendiri berpandangan sepatutnya acara ini diperbesarkan dengan menjemput ramai penggiat seni dan artis dari rantau Asia hadir.

“Pertemuan bersama karyawan tempatan ini bukan saja suatu yang meriah dan dinamik, tetapi ia juga memberi pendedahan pada orang luar menilai acara ini suatu yang hebat dan dapat dibanggakan,” katanya.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.

Here is the original post:
41 filem rebut anugerah

Related Posts with Thumbnails
Voted by:
sebokmama










pelaburan silver

No Responses to “41 filem rebut anugerah” Leave a reply ›

Leave a Reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>