Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,
RADIO Televisyen Malaysia (RTM) yang sinonim de�ngan pelbagai pertandi�ngan nyanyian dan bakat baru dalam dunia seni menganjurkan Pertandingan Cipta Lagu Malaysia Ambank.
Pertandingan yang mendapat kerjasama institusi kewangan, Ambank selaku penaja utama selain pembabitan Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad (Kopstar) dan Erama TV bermatlamat memberi galakan kepada penghasilan lagu berkualiti.
Pengarah Program TV, Suhaimi Jamalim berkata, pertandingan itu bagi mencungkil bakat baru selain menghasilkan bahan kreatif yang berkualiti dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
“Tidak mustahil jika karyawan seni tempatan mampu menghasilkan lagu yang boleh mencetus fenomena di kalangan masyarakat dunia.
“Apa sahaja yang dihasil�kan dan dicipta mampu merangsang minat pendengar.
“Lihat saja lagu daripada benua Amerika atau Afrika yang menjadi ikutan kepada semua masyarakat dunia.
“Lagu berentak sedemikian dimanfaatkan segelintir pihak dengan mengubah lirik lagunya dan dikomersialkan,” katanya ketika ditemui di majlis sidang media Pertandingan Cipta Lagu Malaysia Ambank, baru-baru ini.
Tambahnya, pertandingan bertema Muzik Bahasa Dunia itu bermula sejak Jun lalu dan berjaya menarik penyertaan lebih 3,000 peserta yang menyertai beberapa sesi uji bakat yang dijalankan di seluruh negeri.
Selepas proses saringan, hanya 20 peserta dikenal pasti bakal bersaing di peringkat separuh akhir yang akan dijalankan secara langsung pada November ini untuk memilih lapan finalis yang bakal bersaing pada Disember nanti.
Juara bakal membawa pulang RM40,000 serta trofi dan sijil; naib juara (RM25,000, trofi dan sijil), ketiga (RM15,000, trofi dan sijil) serta lima peserta yang layak ke final menerima sagu�hati RM4,000 setiap seorang.
Sementara itu, wakil juri merangkap Pemimpin Orkestra RTM, Mohd Asnawi Mutaal memaklumkan setiap peserta akan dinilai oleh mereka yang layak dan mahir dalam bidang pencipta lagu berdasarkan melodi, susunan lagu dan lirik.
“Sejak peringkat awal lagi, kami sentiasa memastikan penjurian dilakukan oleh mereka yang benar-benar layak. Malah, kami juga berbincang bersama Kopstar selaku rakan penjurian untuk proses pemilihan peserta.
“Soal pemilihan rentak lagu pula setiap peserta diberi kebebasan. Malah, penilaian dari awal juga bersandar kepada tiga perkara utama iaitu melodi, susunan lagu dan lirik,” katanya.
Hadir sama pada majlis itu, Ketua Hal Ehwal Awam Kumpulan Ambank, Syed Anuar Syed Ali; Pengerusi MACP & Kopstar, Habsah Hassan dan Ketua Pegawai Operasi Erama TV, Shukor Ahmad.
Mereka yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan lagu yang bertanding daripada Lufya yang menyampaikan lagu ciptaannya, Kawan Ku, Nabil Zamanhuri (Satu Malaysia Satu Jiwa), Boboi (Segala Hanya), Toi (Lali Lala) dan lagu Tamil, Lets Our Hands Merged ciptaan D Vijayanathan.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters featured article: A 'Malign Intellectual Subculture' - George Monbiot Smears Chomsky, Herman, Peterson, Pilger And Media Lens.
Continue reading here:
20 peserta bersaing
- Category: Media
- Tags:arena, arkib-seminggu, blue, chrome, facebook, firefox, harian-metro, kongsi-artikel, metro, opera, sakit-puan, versi-mobile












No Responses to “20 peserta bersaing” Leave a reply ›